Berita Berita
11 lelaki sesak nafas akibat kebakaran kereta di kondominium Wangsa Maju

KUALA LUMPUR 19 Jun – Seramai 11 lelaki warga asing mengalami sesak nafas selepas terhidu asap berikutan kebakaran sebuah kereta jenis Nissan Teana di tempat letak kereta aras bawah (basement) sebuah kondominium di Wangsa Maju, pagi tadi.
Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 9.45 pagi dan semua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur (PGOKL), kebakaran telah memusnahkan kira-kira 30 peratus ruang enjin kereta terbabit, namun asap tebal yang memenuhi ruang basement menyebabkan kesemua mangsa mengalami sesak nafas.
“Enam daripada mangsa dihantar menggunakan ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), dua lagi dengan van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju, manakala selebihnya menggunakan ambulans HKL,” katanya.
Unit Siasatan Kebakaran PGOKL turut diarahkan ke lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian.– Media Telus
Berita berkaitan
June 19, 2025, 7:29 pm
Jelajah Pembelajaran NTW 2025 perkasa kemahiran ratusan rakyat di wilayah utara
June 19, 2025, 7:00 pm
Pemilik restoran di Shah Alam kantoi buang sampah tepi jalan sunyi di Klang
June 19, 2025, 6:16 pm
Pegawai awam dilarang keluar kenyataan umum jejas dasar kerajaan - JPA
June 19, 2025, 5:35 pm
RM504 juta nilai rampasan, 453 individu ditahan dalam Op Hazard 2.0 seluruh negara
June 19, 2025, 4:35 pm
Rumah kosong di Cheras dijadikan stor rokok seludup
June 19, 2025, 4:15 pm
'Mohon campur tangan PM hidupkan semula usul GEG bendung ketagihan vape, dadah' - Dr Akmal
June 19, 2025, 3:25 pm
Ipoh digegarkan bunyi dentuman, polis bincang dengan agensi berkaitan
June 19, 2025, 3:20 pm
Johari arah sesi libat urus industri hadapi pelaksanaan SST
June 19, 2025, 3:10 pm