TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pemilik restoran di Shah Alam kantoi buang sampah tepi jalan sunyi di Klang

By
|
Kongsi
image

 

KLANG 19 Jun – Tindakan tidak bertanggungjawab sebuah restoran di Shah Alam membuang sampah secara haram di kawasan awam sekitar Klang akhirnya mengundang padah apabila perbuatan itu berjaya dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dalam kenyataannya memaklumkan, kejadian itu melibatkan sebuah trak pikap yang dirakam ketika dua individu membuang longgokan sisa di tepi jalan sunyi.

“Pemandu kenderaan telah mengaku melakukan perbuatan tersebut dan pemilik kenderaan juga telah melunaskan bayaran kompaun sebanyak RM1,000,” menurut MBDK dalam hantaran di Facebook rasmi mereka pada Khamis.

Tindakan itu diambil mengikut Undang-Undang Kecil 4 Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah-Sarap (PPPS) MPK 2007.

MBDK turut berkongsi rakaman CCTV kejadian sebagai bukti tindakan penguatkuasaan, selain memberi amaran keras bahawa pihak berkuasa tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mencemarkan kebersihan awam.

Orang ramai digesa untuk lebih bertanggungjawab dan melupuskan sampah mengikut saluran yang betul demi menjaga imej dan kebersihan persekitaran bandar.

+ - reset