Berita Viral
Polis tahan lelaki langgar Axia dipandu perlahan tiga kali di Johor Bahru
JOHOR BAHRU 24 Jun - Seorang lelaki tempatan berusia 50 tahun ditahan polis selepas terbabit dalam insiden khianat apabila bertindak melanggar sebuah kereta sebanyak tiga kali di Susur 6, Jalan Tun Razak, di sini, pada Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian kira-kira jam 3.10 petang itu berlaku apabila mangsa, lelaki berusia 63 tahun, memperlahankan kenderaannya kerana terlepas simpang.
"Suspek yang memandu Toyota Hilux dari arah belakang bertindak memotong mangsa secara agresif dan memberhentikan kenderaannya sebelum berlaku pertengkaran mulut antara kedua-dua pihak.
"Suspek kemudian bertindak melanggar kereta mangsa sebanyak tiga kali sehingga menyebabkan kerosakan kenderaan milik mangsa bernilai RM15,300," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, insiden tersebut tular di media sosial menerusi video berdurasi 19 saat yang menunjukkan pacuan empat roda itu melanggar sebuah Perodua Axia secara mengundur beberapa kali sebelum memecut laju.
Raub memaklumkan, suspek mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan jenayah tetapi tiada rekod dikehendaki, dan saringan air kencing mendapati dia negatif dadah.
"Suspek akan dibawa untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan pada 24 Jun 2025 di Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi siasatan lanjut," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Selain itu, siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Polis Johor Bahru Selatan menegaskan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk pemanduan cuai dan tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi talian Hotline IPD Johor Bahru Selatan di 07-2182323.
Berita berkaitan
March 16, 2026, 4:39 pm
(VIDEO) Penduduk naik angin terpaksa hadap jiran buang sisa depan rumah
March 13, 2026, 1:30 pm
Kontroversi 'kuil mini' di tangga apartmen Puchong berakhir, keluarga setuju alih struktur
March 13, 2026, 12:40 pm
(VIDEO) Beg tangan lesap, 'dikebas' lelaki menyamar jadi pelanggan
March 12, 2026, 11:29 am
Penduduk apartment di Puchong persoal individu bina 'kuil mini' di tangga, ganggu laluan
March 11, 2026, 3:21 pm
(VIDEO) Ramai masih belum peka, abang bomba kongsi sikap penting diri pengguna jalan raya
March 11, 2026, 1:33 pm
(VIDEO) Rumah nyaris hangus gara-gara mercun
March 11, 2026, 12:00 pm
(VIDEO) Misteri seluar dalam hilang terungkai, rupanya kena "rembat' tengah malam
March 9, 2026, 5:00 pm
Kelibat harimau dikesan, penduduk Kampung Rahmat diminta jaga diri
March 9, 2026, 3:18 pm
Lelaki tular menyamun guna parang di stesen minyak ditahan polis
March 9, 2026, 1:42 pm
