Berita Berita
Diugut individu menyamar polis, penganggur sanggup gadai barang kemas ibu

BESUT 27 Jun - Seorang remaja sanggup menjual barang kemas milik ibunya selepas terpedaya dengan sindiket penipuan melalui panggilan telefon (phone scam) yang menyamar sebagai pegawai polis.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut semalam.
Mangsa yang berumur 19 tahun dan merupakan seorang penganggur mengalami kerugian sebanyak RM62,000 selepas menerima panggilan daripada individu yang mendakwa dirinya sebagai anggota polis.
“Menurut keterangan mangsa, dia menerima panggilan daripada nombor telefon milik bapanya ketika berada di rumah kira-kira jam 12 tengah hari.
“Dalam panggilan tersebut, mangsa dimaklumkan bahawa bapanya mempunyai saman berjumlah RM25,000 dan kononnya panggilan itu disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Tambah beliau, suspek kemudiannya meminta nombor kad pengenalan mangsa dan memaklumkan bahawa terdapat akaun bank dibuka atas namanya yang terbabit dalam kes penggubahan wang haram serta dadah.
“Suspek meminta mangsa membayar RM60,000 bagi membersihkan namanya daripada senarai siasatan.
“Oleh kerana terlalu takut dan percaya, mangsa akur dengan arahan dan bertindak menjual barang kemas milik ibunya untuk mendapatkan wang,” katanya.
Bagaimanapun, mangsa mula menyedari dirinya ditipu lalu membuat laporan polis.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga sepuluh tahun serta sebat dan denda jika sabit kesalahan.
Justeru, orang ramai diingatkan agar lebih berwaspada dan tidak mudah mempercayai sebarang panggilan mencurigakan daripada individu tidak dikenali. - Media Telus.
Berita berkaitan
June 27, 2025, 4:49 pm
Kerajaan Johor beri jaminan bekalan minyak masak peket bersubsidi mencukupi
June 27, 2025, 1:33 pm
'Hentikanlah budaya saling menjatuhkan dan mencari salah' - Sultan Selangor
June 27, 2025, 1:16 pm
MOF perjelas SST 8% hanya dikenakan ke atas perkhidmatan kewangan tertentu
June 27, 2025, 1:11 pm
Lima pelajar MRSM direman tiga hari bantu siasatan kes buli
June 27, 2025, 1:07 pm
'Kenapa tiba-tiba nak rombak RMK13 saat akhir, semasa saya bentang tak timbul pun?' - Rafizi
June 27, 2025, 1:03 pm
Pelan insurans kesihatan asas perlu rangkum keperluan rakyat – Lee Lam Thye
June 27, 2025, 12:57 pm
Penubuhan APDCAM langkah penting perkasa etika kutipan pinjaman
June 27, 2025, 12:45 pm
Wanita maut tercampak keluar, budak parah MPV terbabas langgar pembahagi jalan
June 27, 2025, 11:32 am