Berita Berita
Wanita maut tercampak keluar, budak parah MPV terbabas langgar pembahagi jalan

MELAKA 27 Jun - Seorang wanita maut manakala seorang kanak-kanak perempuan parah selepas tercampak keluar daripada kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dalam kemalangan di Kilometer 189.1 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan, pagi Jumaat.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 7.54 pagi itu, tiga lagi individu turut mengalami kecederaan ringan.
Difahamkan, semua mangsa tercampak keluar dari kenderaan tersebut yang dipercayai terbabas selepas mengalami tayar pecah.
Menurut kenyataan Pusat Pengurusan Trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), kenderaan yang dalam perjalanan dari Ayer Keroh menuju ke arah Jasin itu hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi tengah lebuh raya dan berhenti di lorong kecemasan.
“Kemalangan mengakibatkan seorang penumpang wanita tercampak ke lorong kiri arah utara dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik,” jelas kenyataan itu menerusi laman Facebook rasmi.
Tambah LLM, seorang kanak-kanak yang turut tercampak ke arah utara berjaya dialihkan ke bahu jalan oleh pasukan PLUS Ronda untuk keselamatan.
Kemalangan turut menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk dengan aliran trafik perlahan sejauh 7.4 kilometer dari arah utara, manakala arah selatan mengalami kesesakan sejauh 9.3 kilometer.
Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.
Berita berkaitan
June 27, 2025, 4:49 pm
Kerajaan Johor beri jaminan bekalan minyak masak peket bersubsidi mencukupi
June 27, 2025, 1:33 pm
'Hentikanlah budaya saling menjatuhkan dan mencari salah' - Sultan Selangor
June 27, 2025, 1:23 pm
Diugut individu menyamar polis, penganggur sanggup gadai barang kemas ibu
June 27, 2025, 1:16 pm
MOF perjelas SST 8% hanya dikenakan ke atas perkhidmatan kewangan tertentu
June 27, 2025, 1:11 pm
Lima pelajar MRSM direman tiga hari bantu siasatan kes buli
June 27, 2025, 1:07 pm
'Kenapa tiba-tiba nak rombak RMK13 saat akhir, semasa saya bentang tak timbul pun?' - Rafizi
June 27, 2025, 1:03 pm
Pelan insurans kesihatan asas perlu rangkum keperluan rakyat – Lee Lam Thye
June 27, 2025, 12:57 pm
Penubuhan APDCAM langkah penting perkasa etika kutipan pinjaman
June 27, 2025, 11:32 am