Berita Jenayah
Bapa 'baran' baling kerusi pada anak 11 tahun hingga cedera gara-gara bancuh kopi suam

MELAKA 29 Jun - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera di kepala dan tangan selepas dipercayai dipukul oleh bapanya sendiri, hanya kerana membancuh kopi suam menggunakan air yang tidak panas seperti diarahkan.
Insiden itu terbongkar apabila ibu mangsa, seorang guru tuisyen, membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Minyakpada jam 9.11 malam semalam, kerana bimbang keselamatan anaknya.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata laporan dibuat selepas wanita itu mendapati anaknya cedera sejurus pulang ke rumah di Taman Cheng Baru pada jam 10.30 malam, Rabu lalu.
“Wanita itu mendapati kepala anaknya berbalut. Suaminya memberitahu dia memukul mangsa kerana kanak-kanak tersebut menipu.
Mangsa mengalami kecederaan di kepala selain lebam tangan kiri,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Siasatan awal mendapati suspek bertindak agresif selepas mangsa didakwa berdalih ketika ditanya berkenaan cara dia menyediakan kopi. Lelaki itu dipercayai membaling kerusi ke arah anaknya dalam keadaan marah.
Ibu mangsa yang menyedari kecederaan dialami anaknya terus mengambil tindakan membuat laporan polis.
Kes kini disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Melaka mengikut peruntukan undang-undang berkaitan penderaan kanak-kanak.
Berita berkaitan
July 1, 2025, 9:29 pm
Lelaki ditembak ketika tunggu anak depan sekolah di Butterworth
July 1, 2025, 5:46 pm
Penjual buah didakwa 'sentuh' adik ipar bawah umur ketika isteri sarat mengandung
July 1, 2025, 4:19 pm
Kejadian tembak di Meru berpunca perbalahan dua kumpulan kongsi gelap
July 1, 2025, 2:50 pm
Suspek bunuh pelajar swasta di Cyberjaya berniat tak baik
July 1, 2025, 12:50 pm
Dua individu sengaja dakwa disamun, rupanya curi duit syarikat
June 30, 2025, 1:40 pm
Guru didakwa miliki bahan lucah budak dalam telefon bimbit, komputer riba
June 30, 2025, 1:11 pm