Berita Jenayah
Beri alasan dahaga, pembantu kedai makan didakwa cium, sentuh alat sulit anak majikan berusia 6 tahun

MELAKA 30 Jun – Seorang pembantu kedai makan didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini, hari ini atas pertuduhan mencabul anak majikannya, kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, dua minggu lalu.
Menurut laporan Malaysia Gazette, tertuduh, Mahfuz Mahmud, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Haderiah Siri.
Mengikut pertuduhan, bapa kepada lima anak itu didakwa sengaja melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dengan cara meraba alat sulit dan mencium mangsa bagi tujuan seksual.
Perbuatan itu dilakukan di rumah keluarga kanak-kanak berkenaan di Batu 3, Kampung Duyong, dalam daerah Melaka Tengah kira-kira pukul 11.25 pagi 21 Jun 2025.
Difahamkan, ketika kejadian, tertuduh yang membantu bapa mangsa berniaga di hadapan rumah memberi alasan masuk ke dalam rumah untuk minum air.
Namun begitu, tertuduh bertindak mengunci pintu dan menyebabkan bapa mangsa curiga sebelum terkejut apabila nampak perlakuan suspek menerusi rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) di telefon bimbitnya.
Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Azfar Mahmud menawarkan jaminan RM20,000 selain syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu saksi dan melapor diri setiap bulan di balai polis berhampiran.
Tertuduh yang berstatus duda dan tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu jumlah jaminan rendah dengan alasan hanya bekerja sebagai pembantu kedai makan serta perlu menyara lima anak dan ibu.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM9,000 dan membenarkan syarat tambahan dipohon pendakwaan.
Berita berkaitan
July 1, 2025, 9:29 pm
Lelaki ditembak ketika tunggu anak depan sekolah di Butterworth
July 1, 2025, 5:46 pm
Penjual buah didakwa 'sentuh' adik ipar bawah umur ketika isteri sarat mengandung
July 1, 2025, 4:19 pm
Kejadian tembak di Meru berpunca perbalahan dua kumpulan kongsi gelap
July 1, 2025, 2:50 pm
Suspek bunuh pelajar swasta di Cyberjaya berniat tak baik
July 1, 2025, 12:50 pm
Dua individu sengaja dakwa disamun, rupanya curi duit syarikat
June 30, 2025, 1:40 pm
Guru didakwa miliki bahan lucah budak dalam telefon bimbit, komputer riba
June 30, 2025, 1:11 pm
Ibu sanggup biar anak dirogol demi penuhi kehendak teman lelaki warga emas
June 29, 2025, 7:01 pm