TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Ibu sanggup biar anak dirogol demi penuhi kehendak teman lelaki warga emas

By
|
Kongsi
image

AMPANG 30 Jun – Seorang wanita sanggup membiarkan anak perempuannya yang masih di bawah umur dirogol oleh teman lelakinya dipercayai demi memenuhi kehendak lelaki tersebut dalam kejadian yang berlaku tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, hasil siasatan mendapati motif wanita berusia 36 tahun itu berbuat demikian adalah bagi memenuhi permintaan suspek lelaki berkenaan.

“Setakat ini, seramai lima individu telah diambil keterangan termasuk suspek lelaki dan ibu kandung mangsa.

“Rakaman keterangan mangsa yang berusia 13 tahun dan masih bersekolah pula dijadualkan akan diambil esok di Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, media melaporkan seorang lelaki warga emas berusia 61 tahun bersama teman wanitanya ditahan kerana disyaki merogol anak perempuan wanita itu dalam kejadian yang disaksikan sendiri oleh ibu kandung mangsa.

Menurut Mohd Azam, mangsa akhirnya bertindak melarikan diri dan membuat laporan polis selepas mengetahui rancangan ibunya yang mahu berjumpa dengan lelaki berkenaan di sebuah hotel di ibu negara.

Susulan laporan itu, polis menahan kedua-dua suspek pada Jumaat lalu untuk siasatan lanjut. Wanita terbabit bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. - Media Telus

+ - reset