TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Kejadian tembak di Meru berpunca perbalahan dua kumpulan kongsi gelap

By
|
Kongsi
image

SHAH ALAM 1 Julai – Kejadian tembak yang mengorbankan seorang ahli perniagaan di Meru, Klang, Jumaat lalu dipercayai berpunca daripada perbalahan antara dua kumpulan kongsi gelap.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dua lelaki tempatan berusia 25 dan 40 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

“Kami sudah merakam keterangan daripada 12 saksi awam. Dua suspek warga tempatan ditahan di sekitar Klang pada hari berbeza,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa yang juga ahli perniagaan dipercayai terlibat dengan kumpulan kongsi gelap dan menjadi sasaran dalam kejadian berkenaan.

“Motif kejadian ini bukanlah tembakan rambang, tetapi membabitkan sasaran khusus susulan perbalahan antara dua kumpulan kongsi gelap.

“Kami masih menyiasat sama ada ia berkaitan perebutan kawasan, aktiviti dadah atau motif lain,” katanya.

Tambahnya, mangsa ditembak dari jarak dekat dan siasatan turut menjurus kepada kemungkinan suspek merupakan ahli kumpulan kongsi gelap atau individu yang diupah.

Pada 28 Jun lalu, seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun ditemukan maut dengan kesan tembakan di tempat duduk pemandu kenderaan pacuan empat roda di Taman Meru Utama, Klang. – Media Telus

+ - reset