Berita Jenayah
Rogol anak selepas pulang dari sekolah di ruang tamu, bapa dipenjara 10 tahun, 10 sebatan

MUAR 1 Julai - Pekerja pemasang jubin dipenjara 10 tahun dan 10 sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas kesalahan merogol anak kandung di rumahnya di Batu Pahat, tahun lalu.
Menurut laporan BuletinTV3, Hakim Sayani Mohd Nor menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh berusia 46 tahun selepas mengambil kira pengakuan bersalah serta rayuan dibuat lelaki itu.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol anak kandungnya berusia 14 tahun yang dilarang mengikut undang-undang untuk berkahwin dengannya, antara jam 2.30 hingga 4 petang, 28 Ogos lalu.
Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara hingga 30 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, satu laporan polis dibuat ibu mangsa yang juga isteri tertuduh selepas seorang anak melihat bapanya melakukan sesuatu terhadap kakaknya di ruang tamu rumah.
Siasatan polis mendapati kejadian berlaku ketika mangsa baru pulang dari sekolah dan berehat di ruang tamu sambil bermain telefon dengan tertuduh datang ke arahnya lalu melakukan perbuatan itu.
Ketika kejadian, ibu mangsa tiada di rumah kerana bekerja di kedai jahit.
Mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya sebaik pulang ke rumah pada petang hari kejadian dengan laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, 10 malam hari sama.
Bertindak atas laporan dibuat, polis menjalankan siasatan dan menahan suspek tidak jauh dari lokasi kejadian.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Diyana Najihah Muhamed Fauzi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Berita berkaitan
July 1, 2025, 9:29 pm
Lelaki ditembak ketika tunggu anak depan sekolah di Butterworth
July 1, 2025, 5:46 pm
Penjual buah didakwa 'sentuh' adik ipar bawah umur ketika isteri sarat mengandung
July 1, 2025, 4:19 pm
Kejadian tembak di Meru berpunca perbalahan dua kumpulan kongsi gelap
July 1, 2025, 2:50 pm
Suspek bunuh pelajar swasta di Cyberjaya berniat tak baik
July 1, 2025, 12:50 pm
Dua individu sengaja dakwa disamun, rupanya curi duit syarikat
June 30, 2025, 1:40 pm
Guru didakwa miliki bahan lucah budak dalam telefon bimbit, komputer riba
June 30, 2025, 1:11 pm
Ibu sanggup biar anak dirogol demi penuhi kehendak teman lelaki warga emas
June 29, 2025, 7:01 pm