Berita Berita
Lelaki Rohingya kantoi sorok 72 paket minyak masak subsidi di Marang

MARANG 30 Jun – Tindakan seorang lelaki etnik Rohingya yang cuba menyembunyikan 72 paket minyak masak bersubsidi akhirnya terbongkar apabila premis perniagaannya diserbu oleh pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di sini, hari ini.
Pengarah KPDN Terengganu, Mohd. Mufsi Lat berkata, hasil pemeriksaan ke atas premis berkenaan menemukan barangan kawalan itu yang disorokkan di dalam empat buah kotak.
“Pemeriksaan berjaya menemui 72 peket minyak masak bersubsidi terbabit yang disimpan di dalam empat kotak.
“Nilai keseluruhan barangan kawalan yang dirampas ialah RM180,” katanya selepas mengetuai operasi bersepadu di sekitar Marang dan Kuala Terengganu semalam.
Operasi berkenaan turut melibatkan kerjasama pelbagai agensi lain termasuk Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Mohd. Mufsi berkata, secara keseluruhan sebanyak 10 kes kesalahan berkaitan kepenggunaan dikesan sepanjang operasi dijalankan, dengan jumlah kompaun yang dikeluarkan mencecah RM3,000.
“Operasi sama turut berjaya menahan tiga warga asing iaitu dua lelaki Rohingya dan seorang lelaki Pakistan atas kesalahan imigresen. Mereka didapati tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan melanggar syarat pas lawatan,” katanya.
KPDN memberi amaran tegas bahawa tindakan akan terus diambil terhadap pihak yang menyorok atau menyalahgunakan barangan kawalan bersubsidi, termasuk dalam kalangan peniaga asing yang melanggar peraturan ditetapkan.
Berita berkaitan
June 30, 2025, 9:53 pm
Bukan sebab kerja pembinaan, tanah lembut punca letupan gas di Putra Heights
June 30, 2025, 6:33 pm
Jangan ada campur tangan luar dalam pemilihan Ketua Hakim Negara
June 30, 2025, 6:19 pm
Tindakan beku aset Tun Daim ibarat penderaan - Tun M
June 30, 2025, 6:14 pm
Objek disyaki bom cetus kesesakan 15 kilometer di PLUS arah selatan
June 30, 2025, 5:56 pm
Majlis Peguam gesa kerajaan umum segera pelantikan Ketua Hakim Negara
June 30, 2025, 5:50 pm
Mohd Shuhaily dilantik Ketua Pengarah AKPS mulai 1 Julai
June 30, 2025, 5:13 pm