Berita Berita
Polis sahkan tiada unsur sabotaj atau kecuaian dalam letupan paip gas PETRONAS di Putra Heights

SHAH ALAM 30 Jun – Polis mengesahkan tiada unsur sabotaj, perbuatan khianat atau kecuaian dikenal pasti sebagai punca kejadian letupan paip gas bawah tanah milik PETRONAS di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan menyeluruh melibatkan pelbagai agensi seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), PETRONAS serta pihak polis telah dijalankan dengan mengambil kira semua kemungkinan.
“Siasatan merangkumi dua aspek utama iaitu perbuatan khianat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan unsur kecuaian di bawah Seksyen 285 dan 286 Kanun Keseksaan, namun tiada bukti menunjukkan elemen terbabit menjadi punca letupan,” katanya.
Menurut beliau, siasatan turut meneliti aspek berkaitan kerja pembinaan lot kedai, penggantian paip pembetung serta kemungkinan letupan bom atau pembakaran bahan lain.
“Bagaimanapun, semua itu dikenal pasti tidak menjadi penyebab kejadian,” jelasnya.
Penemuan hasil siasatan tersebut diumumkan dalam sidang media khas berhubung Laporan Siasatan Insiden Kebakaran Putra Heights yang berlangsung di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor hari ini.
Letupan yang berlaku sebelum ini telah mencetuskan kebimbangan awam dan merosakkan sebahagian kawasan berhampiran, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Berita berkaitan
June 30, 2025, 9:53 pm
Bukan sebab kerja pembinaan, tanah lembut punca letupan gas di Putra Heights
June 30, 2025, 6:33 pm
Jangan ada campur tangan luar dalam pemilihan Ketua Hakim Negara
June 30, 2025, 6:19 pm
Tindakan beku aset Tun Daim ibarat penderaan - Tun M
June 30, 2025, 6:14 pm
Objek disyaki bom cetus kesesakan 15 kilometer di PLUS arah selatan
June 30, 2025, 5:56 pm
Majlis Peguam gesa kerajaan umum segera pelantikan Ketua Hakim Negara
June 30, 2025, 5:50 pm
Mohd Shuhaily dilantik Ketua Pengarah AKPS mulai 1 Julai
June 30, 2025, 5:13 pm
Puad Zarkashi nasihat Rafizi: "Jangan bakar lebih-lebih, takut berakhir di penjara"
June 30, 2025, 5:08 pm