Berita Berita
Anwar guna penerbangan sewaan khas untuk lawatan ke Itali, Perancis, Brazil – kos lebih ekonomik

PUTRAJAYA 30 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggunakan penerbangan sewaan khas daripada Malaysia Airlines bagi lawatan rasmi ke Itali, Perancis dan Brazil, berbanding pesawat kerajaan.
Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, yang menjelaskan keputusan itu dibuat atas tiga pertimbangan utama iaitu penjimatan masa, pengawalan kos dan penyelarasan delegasi.
“Jadual padat di ketiga-tiga negara tanpa transit yang panjang menyebabkan penerbangan sewaan khas lebih sesuai.
“Kosnya juga lebih ekonomik berbanding pengoperasian penuh pesawat kerajaan.
“Selain itu, dengan penerbangan sewaan khas, delegasi kerajaan dan perniagaan dapat berlepas dan tiba bersama, menjamin kehadiran tepat waktu untuk semua sesi libat urus,” katanya semasa Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri, hari ini.
Delegasi perniagaan tanggung kos sendiri
Mengulas lanjut, Tunku Nashrul menegaskan bahawa kos bagi delegasi rasmi ditanggung kerajaan, manakala delegasi perniagaan membiayai kos mereka sendiri.
Delegasi perniagaan yang dibawa pula terdiri daripada syarikat gergasi serta perusahaan inovatif Malaysia, antaranya Petronas, Khazanah Nasional, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Maybank, FGV Holdings Berhad dan Weststar.
“Sebahagian syarikat ini sudah beroperasi di negara yang dilawati, manakala selebihnya sedang meneroka pasaran dan peluang pelaburan baharu.
“Kehadiran mereka mengukuhkan pendekatan sinergi antara rundingan kerajaan-ke-kerajaan (G2G) dan kerjasama perniagaan-ke-perniagaan (B2B),” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa tiada berlaku sebarang konflik kepentingan antara delegasi kerajaan dan delegasi perniagaan yang menyertai lawatan ini.
Lawatan tersebut dijangka memacu pelaburan baharu serta memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan ketiga-tiga negara berkenaan. — Media Telus
Berita berkaitan
June 30, 2025, 6:33 pm
Jangan ada campur tangan luar dalam pemilihan Ketua Hakim Negara
June 30, 2025, 6:19 pm
Tindakan beku aset Tun Daim ibarat penderaan - Tun M
June 30, 2025, 6:14 pm
Objek disyaki bom cetus kesesakan 15 kilometer di PLUS arah selatan
June 30, 2025, 5:56 pm
Majlis Peguam gesa kerajaan umum segera pelantikan Ketua Hakim Negara
June 30, 2025, 5:50 pm
Mohd Shuhaily dilantik Ketua Pengarah AKPS mulai 1 Julai
June 30, 2025, 5:13 pm
Puad Zarkashi nasihat Rafizi: "Jangan bakar lebih-lebih, takut berakhir di penjara"
June 30, 2025, 5:08 pm
Lelaki Rohingya kantoi sorok 72 paket minyak masak subsidi di Marang
June 30, 2025, 4:56 pm