Berita Berita
Jangan ada campur tangan luar dalam pemilihan Ketua Hakim Negara

KUALA SELANGOR 30 Jun - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggesa agar tiada campur tangan luar dalam proses pemilihan Ketua Hakim Negara yang baharu, bagi memastikan mutu sistem kehakiman negara tidak terjejas.
Menurutnya, proses pelantikan jawatan tertinggi badan kehakiman itu sepatutnya diserahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) yang mempunyai kewibawaan dan keanggotaan mencukupi untuk menilai kelayakan calon.
“Saya difahamkan ada perbezaan pendapat dalam kalangan SPK mengenai pemilihan Ketua Hakim Negara. Jadi, jangan ada campur tangan luar kerana ia boleh menjejaskan pemilihan calon terbaik,” katanya.
Dr. Mahathir berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan pembukaan MAHA Klinik di Puncak Alam, hari ini.
Tambah beliau, calon Ketua Hakim Negara seharusnya mempunyai pengalaman lengkap dalam sistem kehakiman, termasuk pernah berkhidmat di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.
“Kalau seseorang itu tak pernah jadi hakim di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, tiba-tiba mahu dilantik ke jawatan tertinggi, tentulah tidak wajar,” katanya lagi.
Dalam hal ini, beliau turut menyifatkan Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebagai contoh pemimpin kehakiman yang memiliki pengalaman luas serta wibawa tinggi.
Tengku Maimun, yang dilantik sebagai Ketua Hakim Negara wanita pertama pada 2 Mei 2019, dijadual menamatkan perkhidmatan beliau pada Rabu ini, apabila mencapai usia persaraan wajib 66 tahun.
Pemergian beliau meninggalkan kekosongan pada kedudukan tertinggi badan kehakiman negara, sekali gus menimbulkan persoalan awam mengenai proses pelantikan pengganti yang seterusnya. - Media Telus
Berita berkaitan
June 30, 2025, 9:53 pm
Bukan sebab kerja pembinaan, tanah lembut punca letupan gas di Putra Heights
June 30, 2025, 6:19 pm
Tindakan beku aset Tun Daim ibarat penderaan - Tun M
June 30, 2025, 6:14 pm
Objek disyaki bom cetus kesesakan 15 kilometer di PLUS arah selatan
June 30, 2025, 5:56 pm
Majlis Peguam gesa kerajaan umum segera pelantikan Ketua Hakim Negara
June 30, 2025, 5:50 pm
Mohd Shuhaily dilantik Ketua Pengarah AKPS mulai 1 Julai
June 30, 2025, 5:13 pm
Puad Zarkashi nasihat Rafizi: "Jangan bakar lebih-lebih, takut berakhir di penjara"
June 30, 2025, 5:08 pm