Berita Berita
Mohd Shuhaily dilantik Ketua Pengarah AKPS mulai 1 Julai

PUTRAJAYA 30 Jun - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) bagi tempoh dua tahun bermula 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2027.
Pelantikan itu diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, yang menyatakan keyakinan penuh terhadap keupayaan dan kompetensi Mohd Shuhaily berdasarkan pengalaman luas beliau dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 26 tahun lalu.
“Kepimpinan beliau diyakini dapat memperkukuh kawalan sempadan negara ke tahap tertinggi serta memperteguh budaya integriti berasaskan nilai-nilai MADANI,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Berpengalaman di peringkat nasional dan antarabangsa
Mohd Shuhaily, 53, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Sarjana Sains Pengajian Strategik dari Universiti Teknologi Nanyang, Singapura.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Atase Polis di Washington, Amerika Syarikat dari 2010 hingga 2013, selain mengetuai pelbagai jabatan penting di dalam PDRM.
Mohd Shuhaily mula menyandang jawatan sebagai Pengarah JSJ Bukit Aman pada 15 Ogos 2023, dan memainkan peranan penting dalam pelbagai siasatan berprofil tinggi melibatkan jenayah berat dan terancang.
Pelantikan beliau ke AKPS dilihat sebagai usaha memperkukuh kawalan keselamatan sempadan negara dan mempertingkatkan kerjasama rentas agensi dalam menangani jenayah rentas sempadan serta isu keselamatan wilayah. — Media Telus
Berita berkaitan
June 30, 2025, 9:53 pm
Bukan sebab kerja pembinaan, tanah lembut punca letupan gas di Putra Heights
June 30, 2025, 6:33 pm
Jangan ada campur tangan luar dalam pemilihan Ketua Hakim Negara
June 30, 2025, 6:19 pm
Tindakan beku aset Tun Daim ibarat penderaan - Tun M
June 30, 2025, 6:14 pm
Objek disyaki bom cetus kesesakan 15 kilometer di PLUS arah selatan
June 30, 2025, 5:56 pm
Majlis Peguam gesa kerajaan umum segera pelantikan Ketua Hakim Negara
June 30, 2025, 5:13 pm
Puad Zarkashi nasihat Rafizi: "Jangan bakar lebih-lebih, takut berakhir di penjara"
June 30, 2025, 5:08 pm