Berita Berita
Objek disyaki bom cetus kesesakan 15 kilometer di PLUS arah selatan

IPOH 30 Jun - Penemuan satu objek disyaki bom di KM265 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Jelapang hari ini mencetuskan kesesakan luar biasa apabila aliran trafik arah selatan dilaporkan sesak lebih 15 kilometer.
PLUS dalam makluman di akaun X memaklumkan laluan antara Kuala Kangsar dan Ipoh ditutup sementara bagi memberi laluan kepada siasatan pihak berkuasa dan Unit Pemusnah Bom (UPB).
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, mengesahkan objek itu ditemui kira-kira jam 9.30 pagi oleh seorang penyelia penyelenggaraan lebuh raya ketika menjalankan kerja landskap di kawasan berkenaan.
“Objek mencurigakan itu dilihat menyerupai bom. Individu terbabit segera memaklumkan kepada pihak PLUS sebelum polis dihubungi,” katanya.
Tambah beliau, pasukan khas termasuk UPB, unit peronda lebuh raya dan polis dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan siasatan serta tindakan kawalan.
Laluan arah utara berjaya dibuka semula sepenuhnya kira-kira jam 3.15 petang, namun laluan arah selatan masih lagi dilencongkan ke Plaza Tol Kuala Kangsar bagi melancarkan operasi di lokasi kejadian.
Pengguna lebuh raya dinasihatkan merancang perjalanan dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan yang panjang. - Media Telus
Berita berkaitan
June 30, 2025, 9:53 pm
Bukan sebab kerja pembinaan, tanah lembut punca letupan gas di Putra Heights
June 30, 2025, 6:33 pm
Jangan ada campur tangan luar dalam pemilihan Ketua Hakim Negara
June 30, 2025, 6:19 pm
Tindakan beku aset Tun Daim ibarat penderaan - Tun M
June 30, 2025, 5:56 pm
Majlis Peguam gesa kerajaan umum segera pelantikan Ketua Hakim Negara
June 30, 2025, 5:50 pm
Mohd Shuhaily dilantik Ketua Pengarah AKPS mulai 1 Julai
June 30, 2025, 5:13 pm
Puad Zarkashi nasihat Rafizi: "Jangan bakar lebih-lebih, takut berakhir di penjara"
June 30, 2025, 5:08 pm