Berita Berita
Puad Zarkashi nasihat Rafizi: "Jangan bakar lebih-lebih, takut berakhir di penjara"

KUALA LUMPUR 30 Jun - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi memberi amaran kepada bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli, agar tidak terlalu agresif mengkritik kerajaan dan parti sendiri sehingga boleh menjerat diri.
Menurut Puad, tindakan Rafizi yang lantang mengkritik menerusi pelbagai saluran termasuk podcastnya yang popular, Yang Bakar Menteri, dilihat boleh membawa kesan buruk terhadap karier politik beliau.
“Takut berakhir dalam penjara. Bakar menteri sudah, berhenti menteri pun sudah. Jangan bakar lebih-lebih. Kes boleh dicari,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Puad turut mengingatkan Rafizi bahawa orang yang tinggal di rumah kaca tidak sepatutnya melempar batu – memberi isyarat bahawa Rafizi juga tidak terlepas daripada kelemahan yang boleh dipertikai.
Dalam hantaran itu, beliau juga mendedahkan pernah mencadangkan agar Rafizi menyertai pakatan politik baharu bersama tokoh seperti Khairy Jamaluddin, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Datuk Wan Saiful Wan Jan. Namun, katanya, cadangan itu sukar direalisasikan kerana isu kepimpinan dan ego antara figura politik terbabit.
Rafizi lantang selepas tewas
Rafizi mula menunjukkan kelantangan lebih ketara selepas tewas kepada Nurul Izzah Anwar dalam pemilihan Timbalan Presiden PKR hujung bulan lalu. Kekalahan itu mendorong beliau untuk melepaskan jawatan Menteri Ekonomi berkuat kuasa 17 Jun 2025.
Sejak itu, Rafizi aktif bersuara mengenai isu-isu dasar, termasuk membangkitkan persoalan mengenai cadangan mengolah semula draf Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), serta menegur pendekatan politik dalam pentadbiran Kerajaan MADANI.
Kenyataan-kenyataannya itu dikatakan tidak senada dengan pendirian kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekali gus mencetus pelbagai reaksi dalam kalangan pemimpin politik dan masyarakat. — Media Telus
Berita berkaitan
June 30, 2025, 9:53 pm
Bukan sebab kerja pembinaan, tanah lembut punca letupan gas di Putra Heights
June 30, 2025, 6:33 pm
Jangan ada campur tangan luar dalam pemilihan Ketua Hakim Negara
June 30, 2025, 6:19 pm
Tindakan beku aset Tun Daim ibarat penderaan - Tun M
June 30, 2025, 6:14 pm
Objek disyaki bom cetus kesesakan 15 kilometer di PLUS arah selatan
June 30, 2025, 5:56 pm
Majlis Peguam gesa kerajaan umum segera pelantikan Ketua Hakim Negara
June 30, 2025, 5:50 pm
Mohd Shuhaily dilantik Ketua Pengarah AKPS mulai 1 Julai
June 30, 2025, 5:08 pm