Berita Berita
Reman pemandu bot tragedi Pulau Perhentian disambung sehari

JERTIN 2 Julai - Tempoh reman terhadap pemandu bot yang terlibat dalam tragedi mengorbankan tiga penumpang di perairan Pulau Perhentian, Sabtu lalu disambung sehari lagi sehingga esok.
Perintah sambung reman terhadap lelaki berusia 22 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nurliyana Md Zukri di Mahkamah Majistret Besut, hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Terdahulu, suspek direman tiga hari bermula Isnin lalu selepas ditahan pada hari kejadian kerana didapati positif dadah susulan insiden bot pelancong yang terbalik.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, tiga mangsa maut iaitu S Arumugam, 40, anak perempuannya A Sarrvihka, 3, dan seorang lagi kanak-kanak perempuan, V Vennpani, 10.
Selain itu, dua mangsa masih dirawat di hospital termasuk seorang dilaporkan dalam keadaan kritikal, manakala 10 lagi penumpang selamat.
Difahamkan, kesemua mangsa berusia antara tiga hingga 40 tahun itu dalam perjalanan pulang dari Pulau Perhentian Kecil ke Pulau Perhentian Besar selepas selesai makan malam, sebelum bot yang dinaiki mereka terbalik akibat dipukul ombak besar.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad@Abu mengesahkan bahawa pemandu bot berkenaan positif dadah serta mempunyai lima rekod lampau berkaitan kesalahan bahan terlarang. – Media Telus
Berita berkaitan
July 3, 2025, 8:02 am
Dua maut, 16 cedera nahas bas persiaran dan dua lori di Ayer Hitam
July 2, 2025, 9:12 pm
HTA cipta sejarah, berjaya pisahkan bayi kembar siam bersambung abdomen, pelvis
July 2, 2025, 8:01 pm
183 pelajar dikenal pasti jadi samseng jalanan, terbabit lumba haram di KL
July 2, 2025, 7:14 pm
KPKT sedia disiasat SPRM, tolak unsur rasuah dalam isu MyKiosk
July 2, 2025, 6:15 pm
Majlis Peguam bimbang kelewatan lantikan Ketua Hakim Negara baharu
July 2, 2025, 6:08 pm
Hannah gesa DBKL jelaskan garis panduan pengecas EV di TTDI, Sri Hartamas
July 2, 2025, 5:14 pm
Isu pelantikan Ketua Hakim Negara tidak dibincang secara mendalam – Fahmi
July 2, 2025, 2:41 pm