TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Minum arak di pantai, taman permainan budak dan padang awam boleh dikompaun sehingga RM2,000

By
|
Kongsi
image

SEREMBAN 2 Julai – Kerajaan Negeri Sembilan menetapkan larangan terhadap aktiviti meminum minuman keras di beberapa kawasan awam seperti pantai, taman rekreasi, taman permainan kanak-kanak dan padang awam.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, larangan tersebut bertujuan memastikan kawasan tumpuan umum kekal selamat, harmoni serta menghormati sensitiviti masyarakat.

“Kita tidak mahu kawasan yang sepatutnya menjadi ruang rekreasi dan keluarga dicemari dengan tingkah laku tidak bermoral,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri, hari ini.

Beliau menjelaskan, aktiviti minum arak lazimnya berlaku pada waktu malam, dengan kesan seperti botol kosong yang ditinggalkan menimbulkan rungutan dalam kalangan penduduk dan pengunjung.

Katanya lagi, pihak berkuasa tempatan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melanggar larangan ini termasuk mengenakan kompaun sehingga RM2,000. 

+ - reset