Berita Berita
HTA cipta sejarah, berjaya pisahkan bayi kembar siam bersambung abdomen, pelvis

KUALA LUMPUR 2 Julai - Hospital Tunku Azizah (HTA) mencipta sejarah perubatan negara apabila berjaya melaksanakan pembedahan pemisahan bayi kembar Siam berusia tiga bulan yang amat jarang berlaku, pada 24 Jun lalu.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan, pasangan bayi itu dikenalpasti sebagai ‘Omphaloischiophagus Tetrapus Conjoined Twin’ – iaitu jenis kembar Siam yang sangat jarang berlaku, di mana kedua-dua bayi bersambung pada bahagian abdomen dan pelvis serta memiliki empat kaki.
Menurut kenyataan itu, pembedahan bersejarah berkenaan bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada 9.48 malam, dengan pemisahan lengkap berjaya dilakukan pada jam 5.43 petang.
“Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar dan kedua-dua bayi kini berada dalam keadaan stabil serta sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU),” kata kenyataan itu.
Pembedahan kompleks tersebut diketuai oleh lima pakar utama iaitu Dr Mohd Yusof Abdullah, Datuk Dr Zakaria Zahari, Dr Intan Zarina Fakir Mohamed, Dr Phang Yee Yun serta pasukan bedah pediatrik gabungan dari HTA dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Menurut KKM, pasangan bayi itu merupakan kembar Siam keempat yang berjaya dipisahkan di HTA sejak tahun 2019 dan kes ke-19 secara keseluruhan dalam sejarah pembedahan pemisahan kembar Siam oleh HTA dan HKL.
“Tahniah kepada seluruh pasukan atas usaha, kepakaran dan kerjasama luar biasa. Moga kedua-dua anak kecil ini terus membesar dengan sihat dan ceria,” tambah kenyataan itu.
Berita berkaitan
July 3, 2025, 2:18 pm
Ejen tarik kereta ditahan halang laluan lebuh raya berhampiran R&R Pedas-Linggi
July 3, 2025, 12:22 pm
Pusat 'car wash' di JB hampir lumpuh, 147 PATI ditahan
July 3, 2025, 11:53 am
Ellron nafi terlibat skandal rasuah perlombongan, sifatkan dakwaan bermotif politik
July 3, 2025, 11:41 am
150 ditahan dalam serbuan pusat cuci kenderaan sekitar Johor Bahru
July 3, 2025, 11:37 am