Berita Jenayah
Cikgu maut dipercayai dibunuh abang kandung sakit mental

TUARAN 7 Julai – Seorang wanita yang bertugas sebagai guru ditemui mati dalam keadaan tragis dipercayai dibunuh oleh abang kandungnya sendiri yang dikatakan mempunyai masalah mental, dalam kejadian di sebuah rumah tidak bernombor di Tenghilan, semalam.
Mangsa berusia 41 tahun itu ditemui terbaring berlumuran darah di bahagian belakang rumah keluarganya.
Ketua Polis Daerah Tuaran, Superintendan Noraidin Ag Maidin, berkata bertindak atas maklumat yang diterima, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran menahan suspek warga tempatan berusia 47 tahun pada hari sama.
"Mangsa disahkan meninggal dunia selepas ditemui dengan kesan kecederaan pada bahagian leher, kepala dan kedua-dua mata dipercayai akibat serangan senjata tajam," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, suspek yang dipercayai mengalami masalah mental dikatakan pernah menjalani rawatan susulan di fasiliti kesihatan.
"Motif kejadian masih dalam siasatan, manakala bedah siasat ke atas mangsa dijalankan di Unit Forensik, Hospital Queen Elizabeth I, hari ini.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan," katanya.
Noraidin berkata, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan, dan hubungi pihak IPD Tuaran melalui talian 088-794313 sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes itu.
Berita berkaitan
July 7, 2025, 12:54 pm
Inspektor di Kedah disyaki terbabit kes rasuah, rogol, minta habuan seks
July 7, 2025, 10:37 am
Remaja ditahan tunggang motosikal lawan arus di lebuh raya
July 5, 2025, 3:21 pm
Penceramah bebas ditahan, disyaki bebas video seks bersama isteri-isteri dan wanita lain
July 4, 2025, 12:33 pm
GMRB guna Malaysia kumpul dana, rekrut ahli sokong pengganas luar
July 4, 2025, 12:08 pm
Polis tahan 5 lelaki curi penapis air masjid, jual 'online'
July 3, 2025, 7:17 am