Berita Jenayah
Bayi perempuan 15 bulan maut dengan kesan kecederaan di lubang dubur, polis tahan ibu kandung, teman lelaki di Melaka
ALOR GAJAH 7 Julai – Seorang bayi perempuan berusia 15 bulan disahkan meninggal dunia dipercayai akibat didera, dengan kesan kecederaan termasuk pada bahagian sulit, dalam kejadian di sebuah premis kedai di Bandar Satelit, Pulau Sebang, malam tadi.
Kejadian itu terbongkar kira-kira jam 11 malam selepas pihak Hospital Tampin menerima bayi terbabit dalam keadaan tidak sedarkan diri, yang dihantar oleh ibu kandungnya berusia 24 tahun.
Menurut laporan Malaysiagazette, sumber memberitahu, hasil pemeriksaan doktor turut mendapati terdapat kesan lebam pada perut dan belakang badan bayi berkenaan selain kecederaan pada lubang dubur sebelum membuat laporan polis.
“Siasatan awal mendapati ibu mangsa berusia 24 tahun telah membawa anak tunggalnya itu dari Kampung Anak Air Durian Daun, Tampin ke tempat kerja teman lelakinya berusia 20 tahun di Bandar Satelit, Pulau Sebang di sini kira-kira 6.30 petang semalam.
“Ibunya kemudian keluar untuk membungkus makanan meninggalkan kekasihnya itu yang juga seorang pemain muzik bersama anak tunggalnya itu hasil perkahwinan terdahulu,” katanya.
Menurutnya, sebaik pulang ke kedai, pasangan kekasih itu malam bersama dan wanita itu memberitahu telah menidurkan bayinya pada pukul 10 malam sementaranya teman lelakinya menguruskan kedai.
“Bagaimanapun, suspek yang sudah bercerai tahun lalu mendakwa anaknya itu tidak sedarkan diri ketika dia mengejutnya pada pukul 10.30 malam untuk pulang ke rumah mereka di Tampin.
“Wanita itu dan kekasihnya kemudian telah membawa anaknya itu ke Hospital Tampin untuk mendapatkan rawatan pada pukul 11 malam tadi,” katanya.
Tambahnya, doktor yang melakukan pemeriksaan kemudian mengesahkan kecederaan dialami bayi dan telah meninggal dunia kira-kira 30 minit selepas itu.
Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Tampin untuk proses bedah siasat.
Susulan itu, polis menahan pasangan kekasih itu malam tadi dan akan direman di Mahkamah Majistret Alor Gajah pagi ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan bunuh.
Berita berkaitan
October 31, 2025, 3:01 pm
Konon mahu ubah nasib mangsa, sami dijel 15 tahun rogol remaja dalam kebun sawit
October 6, 2025, 7:09 pm
Polis buka kertas siasatan tatatertib terhadap pegawai dan anggota didakwa tawar sogokan RM500
October 1, 2025, 6:28 pm
Dua lelaki curi beg sekolah dari motosikal di Kluang
October 1, 2025, 12:17 pm
Dua lagi remaja ditahan kes serangan terhadap pemandu Myvi
September 30, 2025, 10:53 am
Sembilan remaja ditahan kes kepung dan serang Myvi di Serdang
September 29, 2025, 8:05 pm
Pemilik syarikat pakej perkahwinan tipu pelanggan lebih RM309,000 ditahan polis
September 29, 2025, 2:41 pm
(VIDEO) Penunggang motosikal cedera dirempuh Myvi pandu melulu di Kajang
September 25, 2025, 9:17 am
(VIDEO) Pemandu E-Hailing pandu melulu, hampir rempuh pejalan kaki ditahan polis
September 24, 2025, 11:27 am
