Berita Jenayah
Inspektor di Kedah disyaki terbabit kes rasuah, rogol, minta habuan seks
SUNGAI PETANI 7 Julai – Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan selepas disyaki terbabit dalam dua kes berasingan membabitkan dakwaan rogol dan rasuah, termasuk permintaan habuan seks daripada mangsa.
Penahanan pegawai berusia 29 tahun itu dilakukan susulan dua laporan dibuat terhadapnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sungai Petani dan Balai Polis Sungai Petani masing-masing pada 3 dan 4 Julai lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, dalam kejadian pertama, pegawai itu disyaki menerima suapan RM2,000 daripada seorang lelaki bagi membebaskan suspek kes dadah.
“Rakan suspek kes dadah itu memberi wang kepada inspektor terbabit di pejabatnya sebelum pegawai itu meminta habuan seks menyebabkan suspek tidak berpuas hati lalu membuat laporan kepada SPRM pukul 11.30 malam, 3 Julai lalu.
“Setengah jam kemudian, kita terima satu lagi aduan kes rogol membabitkan inspektor sama daripada wanita berusia lingkungan 30-an, jadi polis menahan pegawai tersebut untuk siasatan,” katanya di sini hari ini.
Menurut beliau, wanita terbabit yang mempunyai kaitan dengan satu kes samun mengadu kejadian rogol berlaku di rumahnya di sini kira-kira pukul 2 pagi, 20 April lalu.
“Inspektor tersebut yang masih bujang pergi ke rumah wanita itu dengan memakai uniform polis kononnya untuk membantu menyelesaikan kes samun.
“Kedatangan pegawai itu menyebabkan mangsa berasa takut. Ketika berada di dalam rumah, Inspektor tersebut merogol wanita terbabit tanpa kerelaannya,” katanya.
Pegawai yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah itu direman tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 376(2)(f) Kanun Keseksaan. Reman disambung empat hari lagi bermula hari ini untuk siasatan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM.
Berita berkaitan
October 31, 2025, 3:01 pm
Konon mahu ubah nasib mangsa, sami dijel 15 tahun rogol remaja dalam kebun sawit
October 6, 2025, 7:09 pm
Polis buka kertas siasatan tatatertib terhadap pegawai dan anggota didakwa tawar sogokan RM500
October 1, 2025, 6:28 pm
Dua lelaki curi beg sekolah dari motosikal di Kluang
October 1, 2025, 12:17 pm
Dua lagi remaja ditahan kes serangan terhadap pemandu Myvi
September 30, 2025, 10:53 am
Sembilan remaja ditahan kes kepung dan serang Myvi di Serdang
September 29, 2025, 8:05 pm
Pemilik syarikat pakej perkahwinan tipu pelanggan lebih RM309,000 ditahan polis
September 29, 2025, 2:41 pm
(VIDEO) Penunggang motosikal cedera dirempuh Myvi pandu melulu di Kajang
September 25, 2025, 9:17 am
(VIDEO) Pemandu E-Hailing pandu melulu, hampir rempuh pejalan kaki ditahan polis
September 24, 2025, 11:27 am
