Berita Jenayah
Remaja ditahan tunggang motosikal lawan arus di lebuh raya
ALOR SETAR 7 Julai – Polis menahan seorang remaja perempuan yang dipercayai menunggang motosikal secara melawan arus di Kilometer 38 Lebuh Raya Utara-Selatan, berhampiran Plaza Tol Hutan Kampung di sini, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, tindakan remaja terbabit dikesan selepas satu video berdurasi 23 saat yang memaparkan kejadian itu tular di media sosial pada 4 Julai lalu.
“Hasil siasatan awal mendapati remaja tersebut memberi alasan tersalah laluan selepas mengikuti pandu arah aplikasi di telefon bimbitnya semasa dalam perjalanan pulang ke Pendang,” katanya.
Menurutnya, remaja berkenaan tampil menyerah diri di Balai Polis Trafik Daerah Kota Setar kira-kira pukul 9 malam tadi dan telah ditahan untuk siasatan lanjut.
“Polis turut merampas motosikal yang digunakan ketika kejadian. Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar bagi permohonan reman hari ini,” ujarnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun serta denda antara RM5,000 dan RM15,000 jika sabit kesalahan.
Siti Nor Salawati menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi undang-undang lalu lintas dan tidak memandang ringan aspek keselamatan di jalan raya.
“Tindakan menunggang secara melawan arus bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah turut mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
“Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang melanggar undang-undang,” tegasnya. – Media Telus.
Berita berkaitan
October 31, 2025, 3:01 pm
Konon mahu ubah nasib mangsa, sami dijel 15 tahun rogol remaja dalam kebun sawit
October 6, 2025, 7:09 pm
Polis buka kertas siasatan tatatertib terhadap pegawai dan anggota didakwa tawar sogokan RM500
October 1, 2025, 6:28 pm
Dua lelaki curi beg sekolah dari motosikal di Kluang
October 1, 2025, 12:17 pm
Dua lagi remaja ditahan kes serangan terhadap pemandu Myvi
September 30, 2025, 10:53 am
Sembilan remaja ditahan kes kepung dan serang Myvi di Serdang
September 29, 2025, 8:05 pm
Pemilik syarikat pakej perkahwinan tipu pelanggan lebih RM309,000 ditahan polis
September 29, 2025, 2:41 pm
(VIDEO) Penunggang motosikal cedera dirempuh Myvi pandu melulu di Kajang
September 25, 2025, 9:17 am
(VIDEO) Pemandu E-Hailing pandu melulu, hampir rempuh pejalan kaki ditahan polis
September 24, 2025, 11:27 am
