Berita Viral
Pengguna terpaksa tahan bau hancing, warga asing selamba biarkan anak kencing dalam LRT, tak dipakaikan lampin
KUALA LUMPUR 7 Julai – Satu rakaman video memaparkan tindakan seorang bayi membuang air kecil di dalam gerabak Transit Aliran Ringan (LRT) mencetuskan kemarahan orang ramai selepas tular di media sosial.
Video berdurasi 14 saat itu memperlihatkan seorang budak perempuan berkeliaran di dalam gerabak sebelum dilihat membuang air kecil di tengah-tengah ruang tersebut.
Bagaimanapun, ibu bayi terbabit yang sedang duduk bersama dua lagi anaknya tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap insiden itu.
“Harap RapidKL ambil tindakan ya, mak dia sibuk ‘call’ padahal nampak anak dia berkeliaran dan kencing,” tulis kapsyen pada video tersebut.
Tindakan ibu berkenaan turut mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial.
“Kenapalah pengotor sangat, habis nanti satu ‘train’ bau. Harap yang rakam ni bagitahu dekat petugas,” kata Rina.
“Pakaikanlah lampin kalau nak keluar tu, budak kecik tak reti nak tahan buang air. Mujur tak buang air besar,” kata NH.
“Tak ada tanggungjawab langsung nak lap pakai tisu ke apa,” kata Adiana.
Sehingga kini, video berkenaan telah mencatatkan hampir 1 juta tontonan di laman sosial. .
Berita berkaitan
April 24, 2026, 2:48 pm
(VIDEO) ‘Bayar 1 sen terus cabut lari’ – Pelanggan lari lepas buat bayaran tak munasabah
April 17, 2026, 11:25 am
Lelaki panjat siling, hendap wanita di tandas LRT Sentul direman
April 6, 2026, 2:33 pm
(VIDEO) Rakaman dashcam dedah aksi bahaya penunggang lawan arus Lebuhraya Karak
April 3, 2026, 3:49 pm
Tak hormat tempat ibadah, individu selamba curi duit tabung surau di Setiu, Terengganu.
April 2, 2026, 5:26 pm
(VIDEO) Warga asing didakwa usung bayi tengah pas demi raih simpati orang ramai
April 2, 2026, 11:32 am
(VIDEO) CCTV rakam budak Rohingya selamba mencuri di Machang, Kelantan
April 1, 2026, 12:33 pm
