Berita Jenayah
Lelaki didakwa rogol adik perempuan 11 tahun di bilik tidur bapa, lantai dapur dalam kejadian di Bachok
KOTA BHARU 17 Julai - Seorang pembantu kedai makan berdepan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga tuduhan merogol adik kandungnya sejak dua tahun lalu.
Menurut laporan Kosmo Online, tertuduh yang berusia 20 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.
Pemuda itu didakwa merogol adiknya sejak mangsa berusia 11 tahun sedangkan ia tidak dibenarkan mengikut undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin dengannya.
Kesalahan dilakukan di tiga lokasi iaitu dalam bilik tidur bapa mereka, lantai dapur dan bilik tidur sebuah rumah di Bachok dekat sini pada April 2023, Disember 2024 dan April lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd. Firdaus Zainal Abidin.
Terdahulu, Ahmad Faiz Fitri mencadangkan ikat jamin RM45,000 bagi kesemua pertuduhan, namun Mohd. Firdaus merayu supaya jumlah itu dikurangkan atas alasan anak guamnya bekerja pembantu kedai makan, manakala isterinya sarat mengandung.
Mahkamah membenarkan pemuda itu diikat jamin RM30,000 bagi kesemua tuduhan dan menetapkan 6 Ogos ini untuk sebutan semula kes. Tertuduh tidak membayar jaminan tersebut
Berita berkaitan
October 31, 2025, 3:01 pm
Konon mahu ubah nasib mangsa, sami dijel 15 tahun rogol remaja dalam kebun sawit
October 6, 2025, 7:09 pm
Polis buka kertas siasatan tatatertib terhadap pegawai dan anggota didakwa tawar sogokan RM500
October 1, 2025, 6:28 pm
Dua lelaki curi beg sekolah dari motosikal di Kluang
October 1, 2025, 12:17 pm
Dua lagi remaja ditahan kes serangan terhadap pemandu Myvi
September 30, 2025, 10:53 am
Sembilan remaja ditahan kes kepung dan serang Myvi di Serdang
September 29, 2025, 8:05 pm
Pemilik syarikat pakej perkahwinan tipu pelanggan lebih RM309,000 ditahan polis
September 29, 2025, 2:41 pm
(VIDEO) Penunggang motosikal cedera dirempuh Myvi pandu melulu di Kajang
September 25, 2025, 9:17 am
(VIDEO) Pemandu E-Hailing pandu melulu, hampir rempuh pejalan kaki ditahan polis
September 24, 2025, 11:27 am
