Berita Berita
Enam sekeluarga dipercayai cuba selamatkan diri, namun gagal - Bomba

JITRA 7 Julai – Tragedi menyayat hati menimpa sebuah keluarga apabila enam sekeluarga, termasuk seorang bayi lelaki berusia enam bulan, ditemukan maut dalam kereta yang terjunam ke dasar Sungai Korok, di sini.
Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata, semua mangsa dipercayai cuba menyelamatkan diri, namun gagal keluar dari kenderaan yang tenggelam sepenuhnya itu.
Menurut beliau, kesemua mangsa ditemukan berkumpul di tempat duduk belakang kereta jenis Proton Saga Iswara, dipercayai dalam usaha terakhir mereka meloloskan diri.
“Ketika operasi penyelamatan dijalankan, anggota menemukan semua mangsa berada di bahagian kiri belakang kenderaan. Kemungkinan mereka cuba untuk keluar, namun tidak berjaya,” katanya dalam sidang media di lokasi kejadian, hari ini.
Mangsa dikenali sebagai Muhammad Azim Izat Ishak, 32, dan isterinya Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, bersama empat anak mereka – Putra Rayyan Nur Izat (9), Hawa Adriana (8), Anayla Huma’ira (7) dan Tuah Haidar (enam bulan).
Ahmad Aminuddin berkata, operasi menyelamat memerlukan pasukan bomba memecahkan cermin dan memotong struktur kereta bagi mengeluarkan kesemua mayat mangsa.
“Apabila jasad berada dalam air untuk tempoh yang lama, ia akan mengembang dan menyukarkan proses pengeluaran melalui pintu biasa. Oleh itu, kami terpaksa memecahkan cermin belakang dan memotong badan kereta,” jelasnya.
Tambah beliau, jarak kereta tenggelam dari tebing sungai hanyalah kira-kira satu meter, dengan kedalaman air dianggarkan enam meter dan lebar sekitar 7.6 meter.
“Operasi tidak terlalu sukar kerana kereta sudah terapung dan boleh ditarik ke tebing,” katanya.
Kejadian itu turut disaksikan ahli keluarga mangsa, termasuk adik kepada Muhammad Azim, Nur Adliah Shuhada, yang memaklumkan bahawa abang dan keluarganya bermalam di rumahnya di Taman Aman pada malam Jumaat. Kehilangan mereka mula disedari apabila mereka tidak pulang ke rumah di Jerlun keesokan harinya dan gagal dihubungi.
Semua mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat. - Media Telus
Berita berkaitan
July 7, 2025, 5:33 pm
Beban guru makin teruk, NUTP desak KPM tubuh jawatankuasa khas
July 7, 2025, 2:48 pm
KSN mahu laporan segera isu sijil cuti sakit palsu dibentangkan
July 7, 2025, 2:36 pm
1,020 pelajar sekolah menengah di Selangor dikesan berisiko tinggi alami kemurungan
July 7, 2025, 2:26 pm
Lelaki dikhuatiri dibaham buaya ketika memancing di Sungai Tomanggong
July 7, 2025, 2:15 pm
Remaja OKU hilang sembilan hari di Pasir Puteh masih belum ditemukan
July 7, 2025, 2:10 pm
Lawatan PM bukan ‘jalan-jalan’, bawa agenda besar negara – Ahmad Farhan
July 7, 2025, 2:04 pm
Selangor teliti cadangan sita aset suami liat bayar nafkah
July 7, 2025, 1:39 pm