TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lelaki dikhuatiri dibaham buaya ketika memancing di Sungai Tomanggong

By
|
Kongsi
image

KINABATANGAN 7 Julai – Seorang lelaki dikhuatiri dibaham dan diseret buaya ketika sedang memancing di sebuah sungai di Ladang Tomanggong, Sukau, tengah hari tadi.

Mangsa dikenali sebagai Mare Miri, dilaporkan pergi ke sungai tersebut sebelum dilaporkan hilang sekitar jam 1 petang.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Yus Pg Pinsin berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada Balai Polis Sukau pada jam 1.14 petang.

“Sebaik menerima maklumat, sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR),” katanya dalam kenyataan.

Menurut Yus, lokasi ladang tersebut terletak sejauh 55 kilometer dari balai bomba, dan setakat ini, mangsa masih belum ditemukan.

“Operasi turut membabitkan kerjasama polis,” tambahnya.

Beliau memaklumkan, maklumat lanjut mengenai mangsa masih belum diperoleh sepenuhnya memandangkan lokasi kejadian yang terpencil dan kesukaran capaian komunikasi. – Media Telus.

+ - reset