Berita Berita
KSN mahu laporan segera isu sijil cuti sakit palsu dibentangkan

AYER KEROH 7 Julai – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengarahkan laporan segera dibentangkan susulan pembongkaran sindiket penjualan sijil cuti sakit (MC) palsu yang didedahkan semalam.
Beliau berkata laporan tersebut penting bagi membolehkan siasatan dalaman dijalankan untuk mengenal pasti kemungkinan penglibatan penjawat awam dalam kegiatan jenayah berkenaan.
“(Kes) itu sedang dijalankan dan laporan akan diberikan kepada saya dalam masa segera. Saya belum tengok laporan, selepas saya tengok nanti baru saya tahulah maklumat lengkapnya,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Jelajah Taat Setia MADANI peringkat negeri Melaka yang dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), hari ini.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azhar Arshad; Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Datuk Dr Roslan Husin dan Exco Kanan Negeri, Datuk Rais Yasin.
Semalam, media melaporkan tiga lelaki termasuk seorang pesakit jantung ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan menghasilkan dan menjual sijil cuti sakit palsu.
Penahanan dibuat selepas siasatan dalaman dijalankan terhadap seorang anggota polis yang sering mengambil cuti sakit, dengan sijil MC dikemukakan menimbulkan keraguan.
Bertindak atas maklumat itu, polis menyerbu sebuah premis di Taman Songket Indah, Kuala Muda, Kedah pada jam 4.30 pagi, 26 Jun lalu.
Dalam serbuan tersebut, seorang lelaki berusia lewat 40-an ditahan dan polis merampas kira-kira 20 keping sijil cuti sakit palsu serta pelbagai peralatan seperti komputer riba, tablet, mesin pencetak dan cop nama doktor.
Sementara itu, Shamsul Azri berkata, program Jelajah Taat Setia MADANI Penjawat Awam yang berlangsung di Melaka merupakan siri ketiga selepas Negeri Sembilan dan Sabah, dan akan diteruskan ke negeri lain.
Menurut beliau, program ini bertujuan meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam serta memperkukuh nilai taat setia dalam kalangan penjawat awam kepada pemimpin, kerajaan dan negara.
“Penjawat awam perlu memiliki nilai taat setia yang tinggi kerana kejayaan dasar kerajaan bergantung kepada iltizam mereka dalam melaksanakan amanah rakyat.
“Agenda reformasi perkhidmatan awam hanya dapat dicapai jika nilai kenegaraan terus dijadikan teras dalam perkhidmatan,” katanya. – Media Telus.
Berita berkaitan
July 7, 2025, 5:33 pm
Beban guru makin teruk, NUTP desak KPM tubuh jawatankuasa khas
July 7, 2025, 2:36 pm
1,020 pelajar sekolah menengah di Selangor dikesan berisiko tinggi alami kemurungan
July 7, 2025, 2:26 pm
Lelaki dikhuatiri dibaham buaya ketika memancing di Sungai Tomanggong
July 7, 2025, 2:15 pm
Remaja OKU hilang sembilan hari di Pasir Puteh masih belum ditemukan
July 7, 2025, 2:10 pm
Lawatan PM bukan ‘jalan-jalan’, bawa agenda besar negara – Ahmad Farhan
July 7, 2025, 2:04 pm
Selangor teliti cadangan sita aset suami liat bayar nafkah
July 7, 2025, 2:02 pm
Enam sekeluarga dipercayai cuba selamatkan diri, namun gagal - Bomba
July 7, 2025, 1:39 pm