TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Siap sedia, lebih 30,000 akaun pengguna di Johor Bharu alami gangguan air bermula 15 Julai ini

By
|
Kongsi
image

JOHOR BAHRU, 7 Julai – Penduduk di sekitar bandar raya ini dan kawasan Tebrau dijangka berdepan gangguan bekalan air berjadual selama 26 jam bermula jam 9 pagi pada 15 Julai hingga 11 pagi 16 Julai.

Gangguan itu susulan kerja penyelenggaraan yang akan dijalankan di Loji Rawatan Air (LRA) Sultan Iskandar, Pasir Gudang.

Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ Sdn Bhd (Ranhill SAJ), Anuar Abdul Ghani berkata, kerja baik pulih dan penyelenggaraan yang dijadualkan itu membabitkan semua instrumen penting di loji berkenaan.

Katanya, penyelenggaraan itu bagi memastikan kelestarian sistem rawatan air dan bekalan yang lebih stabil untuk jangka masa panjang.

"Penutupan berkenaan penting untuk membolehkan Ranhill SAJ melaksanakan penyelenggaraan menyeluruh terhadap sistem pembekalan di loji berkenaan.

"Kita berharap kerja baik pulih ini akan memastikan bekalan air terawat yang dihasilkan loji itu kekal memenuhi piawaian ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)," katanya dalam kenyataan, hari ini

Mengulas lanjut, Anuar berkata, gangguan bekalan air berjadual itu adalah langkah proaktif demi memastikan sistem bekalan air sentiasa berada dalam keadaan optimum dan selamat kepada pengguna.

"Ranhill SAJ memohon kerjasama semua pengguna yang terbabit untuk menyimpan air secukupnya sepanjang tempoh gangguan dan menggunakan air secara berhemah.

"Kami turut menyediakan lori tangki bagi memenuhi permintaan kecemasan premis penting seperti hospital, pusat dialisis serta institusi yang memerlukan bekalan air berterusan," katanya.

 

+ - reset