TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Remaja OKU hilang sembilan hari di Pasir Puteh masih belum ditemukan

By
|
Kongsi
image

PASIR PUTEH – Seorang remaja lelaki orang kurang upaya (OKU) pembelajaran dilaporkan hilang sejak sembilan hari lalu selepas keluar dari rumahnya di Kampung Banggol Saman, Selising.

Mangsa, Muhammad Haikal Mohd Saidie, 19, kali terakhir dilihat pada jam 9 pagi, 29 Jun lalu, dan masih belum ditemui sehingga kini.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria, berkata satu laporan kehilangan telah dibuat oleh ahli keluarga, dan kes diklasifikasikan sebagai Orang Hilang (OH).

“Usaha mengesan Muhammad Haikal masih giat dijalankan. Kita memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat sekiranya terlihat atau mengenali mangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, mangsa berkulit cerah dan dipercayai keluar dari rumah tanpa membawa sebarang dokumen pengenalan diri.

Orang awam yang mempunyai maklumat boleh menghubungi talian 019-242 4434 atau Bilik Gerakan IPD Pasir Puteh di 09-786 7222. - Media Telus

+ - reset