Berita Berita
SPRM fail permohonan lucut hak wang tunai RM169 juta milik Ismail Sabri

KUALA LUMPUR 7 Julai – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memfailkan permohonan untuk melucutkan hak ke atas wang tunai berjumlah lebih RM169 juta yang didakwa milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Berdasarkan notis permohonan, SPRM menamakan bekas Setiausaha Politik Ismail Sabri, Datuk Mohammad Anuar Mohd. Yunus sebagai responden pertama manakala Ismail Sabri sebagai responden kedua.
Permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta SPRM 2009 selepas SPRM berpuas hati bahawa wang-wang yang disimpan oleh Mohammad Anuar adalah milik Ismail Sabri dan berkaitan dengan kesalahan di bawah Seksyen 36(2) akta sama.
Wang tunai yang dimohon untuk dilucutkan hak termasuk:
-
RM14,772,150
-
SGD$6,132,350 (Dolar Singapura)
-
USD$1,461,400 (Dolar Amerika)
-
CHF 3 juta (Swiss Franc)
-
€12,164,150 (Euro)
-
¥363,000,000 (Yen Jepun)
-
£50,250 (Pound Sterling)
-
NZ$44,600 (Dolar New Zealand)
-
AED 34,750,000 (Dirham Emiriah Arab Bersatu)
-
AU$352,850 (Dolar Australia)
Turut dipohon ialah perintah-perintah lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Sebelum ini, pada 25 Jun, SPRM menyatakan bahawa wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam sebuah premis rahsia (safehouse) bakal dilucutkan hak.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya akan memohon pelucuthakan terhadap aset terbabit dalam masa terdekat.
Ismail Sabri sebelum ini beberapa kali dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan perolehan serta perbelanjaan promosi program Keluarga Malaysia semasa beliau menjadi Perdana Menteri dari Ogos 2021 hingga November 2022.
Pada sidang media Mac lalu, SPRM turut mempamerkan wang tunai pelbagai mata wang bernilai kira-kira RM170 juta serta 16 kilogram jongkong emas tulen bernilai hampir RM7 juta yang dirampas dalam tiga lokasi berasingan termasuk sebuah safehouse yang dikaitkan dengan kes terbabit. – Media Telus.
Berita berkaitan
July 7, 2025, 8:19 pm
Lelaki disyaki kurang siuman ditemui mati di Puchong, positif 3 jenis dadah
July 7, 2025, 7:59 pm
Melinda B didenda kerana berpakaian seperti wanita di tempat awam
July 7, 2025, 5:33 pm
Beban guru makin teruk, NUTP desak KPM tubuh jawatankuasa khas
July 7, 2025, 2:48 pm
KSN mahu laporan segera isu sijil cuti sakit palsu dibentangkan
July 7, 2025, 2:36 pm
1,020 pelajar sekolah menengah di Selangor dikesan berisiko tinggi alami kemurungan
July 7, 2025, 2:26 pm
Lelaki dikhuatiri dibaham buaya ketika memancing di Sungai Tomanggong
July 7, 2025, 2:15 pm
Remaja OKU hilang sembilan hari di Pasir Puteh masih belum ditemukan
July 7, 2025, 2:10 pm