Berita Berita
Polis kesan kumpulan kayuh basikal halang laluan bas di Kuala Selangor

KUALA SELANGOR 8 Julai – Polis sedang giat mengesan sekumpulan penunggang basikal yang didakwa menghalang laluan sebuah bas di Kilometer 23, Jalan Kuala Selangor–Kuala Lumpur menghala ke Sungai Buloh, susulan rakaman kejadian yang tular di media sosial baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azaharudin Tajudin berkata, siasatan awal mendapati kumpulan berkenaan menunggang secara berkumpulan di lorong kiri sehingga dipercayai mengganggu pergerakan bas terbabit.
“Kejadian dipercayai berlaku pada Ahad lalu, sekitar jam 9.35 pagi. Kes disiasat di bawah Peraturan 42(3) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana menunggang basikal secara bersaing,” katanya dalam satu kenyataan pada 9 Julai.
Beliau turut memaklumkan bahawa tiada sebarang kemalangan dilaporkan dalam kejadian tersebut.
Polis kini sedang giat mengesan kumpulan terbabit dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.
Azaharudin turut menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan menghormati hak serta keselamatan pengguna lain.
Orang awam yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-3289 1222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Terdahulu, video memaparkan pertelingkahan antara pemandu bas dan sekumpulan penunggang basikal itu tular selepas dimuat naik di Facebook. - Media Telus
Berita berkaitan
July 8, 2025, 6:07 pm
Pembinaan rumah kedai bukan punca letupan paip gas di Putra Heights – MB Selangor
July 8, 2025, 5:04 pm
468 perusahaan sosial terima akreditasi KUSKOP, lebih 56,000 terima manfaat - Ramanan
July 8, 2025, 3:00 pm
Perbezaan pendapat dalam PKR bukti demokrasi sihat – Saifuddin
July 8, 2025, 2:52 pm
Malaysia masih ada masa runding tarif 25% dengan AS – Tengku Zafrul
July 8, 2025, 2:47 pm
Empat syarikat dipanggil beri penjelasan isu kenaikan harga – KPDN
July 8, 2025, 2:39 pm
Nama Ahmad Zahid 'rosak' kerana pertahan UMNO – Nurulhidayah
July 8, 2025, 2:02 pm
Polis siasat video AI palsu wajah Sultan Pahang, akaun bank disahkan tipu
July 8, 2025, 1:58 pm
23 kes ajaran sesat dikesan di Selangor, 12 sudah disabit kesalahan
July 8, 2025, 1:54 pm