Berita Berita
Polis siasat video AI palsu wajah Sultan Pahang, akaun bank disahkan tipu

PEKAN 8 Julai – Polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung penyebaran video yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk memalsukan wajah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang tular baru-baru ini.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, laporan tersebut telah dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.
“Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Selain daripada itu, kita dapati nombor akaun bank yang disertakan dalam video itu adalah palsu.
“Jadi kita rujuk kepada pihak SKMM untuk siasatan seterusnya,” katanya pada 9 Julai.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Kontinjen Pahang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan.
Menurut Yahaya, laporan polis itu dibuat oleh pihak Istana Pahang selepas beberapa klip video palsu berkenaan dikesan tular di platform TikTok, kononnya menghebahkan tawaran bantuan kepada rakyat daripada Sultan.
“Pihak Istana Pahang ada buat laporan dan menyatakan video itu tidak benar. Saya harap masyarakat peka dan tidak mudah percaya apa yang tersebar di media sosial, terutama yang melibatkan institusi diraja,” tegas beliau.
Tiada akaun peribadi milik Sultan
Terdahulu, Portal Rasmi Istana Pahang memaklumkan bahawa penyebaran video-video berkenaan adalah palsu dan mendesak masyarakat supaya tidak mempercayai sebarang pautan atau maklumat yang terkandung dalamnya.
Istana turut menjelaskan bahawa Al-Sultan Abdullah tidak mempunyai sebarang akaun media sosial peribadi, dan segala aktiviti rasmi serta titah baginda hanya akan disiarkan menerusi:
-
Facebook Kesultanan Pahang
-
Media sosial rasmi Kesultanan Pahang
-
Portal rasmi: www.istanapahang.my
Manakala di platform seperti Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan X (Twitter), hanya akaun rasmi Kesultanan Pahang digunakan.
Orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati, menyemak kesahihan sumber dan tidak berkongsi kandungan palsu yang boleh mengelirukan masyarakat dan mencemarkan imej institusi diraja. - Media Telus
Berita berkaitan
July 8, 2025, 5:04 pm
468 perusahaan sosial terima akreditasi KUSKOP, lebih 56,000 terima manfaat - Ramanan
July 8, 2025, 3:00 pm
Perbezaan pendapat dalam PKR bukti demokrasi sihat – Saifuddin
July 8, 2025, 2:52 pm
Malaysia masih ada masa runding tarif 25% dengan AS – Tengku Zafrul
July 8, 2025, 2:47 pm
Empat syarikat dipanggil beri penjelasan isu kenaikan harga – KPDN
July 8, 2025, 2:39 pm
Nama Ahmad Zahid 'rosak' kerana pertahan UMNO – Nurulhidayah
July 8, 2025, 1:58 pm
23 kes ajaran sesat dikesan di Selangor, 12 sudah disabit kesalahan
July 8, 2025, 1:54 pm
Rapid Bus siasat insiden kecoh bas MRT, penunggang basikal di media sosial
July 8, 2025, 1:53 pm
Polis kesan kumpulan kayuh basikal halang laluan bas di Kuala Selangor
July 8, 2025, 1:50 pm