Berita Berita
23 kes ajaran sesat dikesan di Selangor, 12 sudah disabit kesalahan

SHAH ALAM 8 Julai - Sebanyak 23 kes berkaitan ajaran sesat dikesan dan telah diambil tindakan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa di Selangor sejak tahun 2019 hingga 2024, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu hari ini.
Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Negeri, Dr Mohammad Fahmi Ngah, berkata daripada jumlah itu, 12 kes telah disabitkan kesalahan, manakala 11 lagi masih dalam proses perbicaraan di Mahkamah Syariah.
“Antara ajaran sesat yang telah diambil tindakan termasuk Syiah, Millah Abraham, Hizbut Tahrir, Rasul Melayu dan Tuhan Harun,” katanya ketika menjawab pertanyaan Chua Wei Keat (PH–Rawang) yang meminta penjelasan mengenai kes ajaran sesat di Selangor serta langkah kerajaan negeri untuk menanganinya.
Mengulas lanjut, Dr Fahmi berkata kerajaan negeri menggunakan pendekatan intervensi bersepadu merangkumi penjelasan, pendidikan, pemantauan dan penguatkuasaan dalam menangani penyebaran ajaran sesat.
“Maklumat berkaitan ajaran sesat turut disebarkan melalui penerbitan bahan bercetak, saluran media elektronik serta sesi khutbah Jumaat bagi meningkatkan kesedaran masyarakat,” katanya.
Selain itu, menurut beliau, kerajaan negeri juga menguatkuasakan undang-undang dengan kerjasama pelbagai agensi berkaitan, di samping melaksanakan program pemulihan dan bimbingan kepada individu yang terlibat dengan ajaran sesat.
Langkah ini dilihat sebagai usaha menyeluruh kerajaan negeri dalam menangani gejala yang boleh mengancam akidah dan keharmonian umat Islam di Selangor.
Berita berkaitan
July 8, 2025, 5:04 pm
468 perusahaan sosial terima akreditasi KUSKOP, lebih 56,000 terima manfaat - Ramanan
July 8, 2025, 3:00 pm
Perbezaan pendapat dalam PKR bukti demokrasi sihat – Saifuddin
July 8, 2025, 2:52 pm
Malaysia masih ada masa runding tarif 25% dengan AS – Tengku Zafrul
July 8, 2025, 2:47 pm
Empat syarikat dipanggil beri penjelasan isu kenaikan harga – KPDN
July 8, 2025, 2:39 pm
Nama Ahmad Zahid 'rosak' kerana pertahan UMNO – Nurulhidayah
July 8, 2025, 2:02 pm
Polis siasat video AI palsu wajah Sultan Pahang, akaun bank disahkan tipu
July 8, 2025, 1:54 pm
Rapid Bus siasat insiden kecoh bas MRT, penunggang basikal di media sosial
July 8, 2025, 1:53 pm
Polis kesan kumpulan kayuh basikal halang laluan bas di Kuala Selangor
July 8, 2025, 1:50 pm