Berita Berita
Empat syarikat dipanggil beri penjelasan isu kenaikan harga – KPDN

KOTA BHARU 8 Julai – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengeluarkan Notis Hadir mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2011) kepada empat syarikat yang mengumumkan kenaikan harga susulan semakan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kesemua syarikat terbabit akan dipanggil minggu ini bagi memberikan penjelasan lanjut.
“Pada 1 Julai lalu, dua syarikat — masing-masing dalam sektor sejuk beku dan bongkah ais — telah dipanggil dan bersetuju untuk menangguhkan kenaikan harga sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Sesi Libat Urus Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 bersama Persatuan Peniaga Makanan Negeri Kelantan di sini pada Selasa.
Menurut beliau, pemeriksaan terhadap 281 premis melibatkan 1,292 unit penyimpanan stok (SKU) telah dijalankan di bawah Ops Kesan 4.0 yang bermula pada 1 Julai lalu.
“Daripada operasi ini, 16 aduan berkaitan pergerakan harga telah diterima,” katanya.
Armizan menjelaskan, KPDN menetapkan empat elemen utama dalam penilaian pergerakan harga, iaitu:
-
Senarai barang dan bentuk perkhidmatan
-
Senarai perniagaan dan syarikat berdaftar
-
Tarikh pendaftaran dan pergerakan harga atau caj
-
Margin pergerakan dan pencatutan
Jelasnya, semua peniaga dan syarikat disaran mengambil kira keempat-empat elemen tersebut sebelum membuat sebarang keputusan menaikkan harga.
“Kita tidak mahu peluasan skop SST dijadikan alasan untuk menaikkan harga secara sewenang-wenangnya,” katanya. - Media Telus
Berita berkaitan
July 8, 2025, 8:48 pm
Zahid Hamidi mohon maaf, akui terlanjur kata
July 8, 2025, 7:19 pm
Wanita dakwa dicabul sami 'ganti' semasa renjis air sembahyang dalam kuil di Sepang
July 8, 2025, 6:07 pm
Pembinaan rumah kedai bukan punca letupan paip gas di Putra Heights – MB Selangor
July 8, 2025, 5:04 pm
468 perusahaan sosial terima akreditasi KUSKOP, lebih 56,000 terima manfaat - Ramanan
July 8, 2025, 3:00 pm
Perbezaan pendapat dalam PKR bukti demokrasi sihat – Saifuddin
July 8, 2025, 2:52 pm
Malaysia masih ada masa runding tarif 25% dengan AS – Tengku Zafrul
July 8, 2025, 2:39 pm
Nama Ahmad Zahid 'rosak' kerana pertahan UMNO – Nurulhidayah
July 8, 2025, 2:02 pm