Berita Berita
Malaysia masih ada masa runding tarif 25% dengan AS – Tengku Zafrul

PETALING JAYA 8 Julai – Malaysia masih mempunyai ruang masa untuk meneruskan rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung pengenaan tarif import sebanyak 25 peratus yang dijadual bermula pada 1 Ogos ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Menurut beliau, kadar tarif yang diumumkan AS pada Selasa (8 Julai) adalah sesuatu yang tidak dijangka dan dilihat lebih tinggi daripada jangkaan awal.
“Dari segi angka, kita tidak tahu berapa sebenarnya (kadar tarif) yang akan dikenakan. Sebelum ini dijangka bermula 9 Julai dengan kadar 24 peratus, tetapi kini dimaklumkan kadar 25 peratus akan dikenakan bermula 1 Ogos.
“Ini memberi kita sedikit masa untuk meneruskan libat urus yang masih berjalan,” katanya kepada media ketika dalam perjalanan pulang dari Rio de Janeiro selepas menghadiri Sidang Kemuncak BRICS di Brazil.
Ketika ditanya sama ada kadar tarif ke atas Malaysia lebih rendah berbanding negara Asia Tenggara lain, Tengku Zafrul berkata pihaknya baru sahaja menerima maklumat penuh mengenai pengumuman itu.
“Kita telah mengeluarkan kenyataan rasmi melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), dan satu sidang media akan diadakan selepas mesyuarat Kabinet pada Rabu ini,” katanya.
Beliau turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus mengadakan perbincangan dengan AS bagi memastikan kepentingan Malaysia terpelihara.
Selain Malaysia, beberapa negara lain yang turut dikenakan tarif 25 peratus ialah Jepun, Korea Selatan, Tunisia dan Kazakhstan.
Negara lain pula dikenakan tarif lebih tinggi seperti Afrika Selatan (30%), Bosnia dan Herzegovina (30%), Indonesia (32%), Serbia (35%), Bangladesh (35%), Kemboja (36%), Thailand (36%) serta Laos dan Myanmar masing-masing sebanyak 40 peratus. - Media Telus
Berita berkaitan
July 8, 2025, 7:19 pm
Wanita dakwa dicabul sami 'ganti' semasa renjis air sembahyang dalam kuil di Sepang
July 8, 2025, 6:07 pm
Pembinaan rumah kedai bukan punca letupan paip gas di Putra Heights – MB Selangor
July 8, 2025, 5:04 pm
468 perusahaan sosial terima akreditasi KUSKOP, lebih 56,000 terima manfaat - Ramanan
July 8, 2025, 3:00 pm
Perbezaan pendapat dalam PKR bukti demokrasi sihat – Saifuddin
July 8, 2025, 2:47 pm
Empat syarikat dipanggil beri penjelasan isu kenaikan harga – KPDN
July 8, 2025, 2:39 pm
Nama Ahmad Zahid 'rosak' kerana pertahan UMNO – Nurulhidayah
July 8, 2025, 2:02 pm
Polis siasat video AI palsu wajah Sultan Pahang, akaun bank disahkan tipu
July 8, 2025, 1:58 pm