Berita Berita
Perbezaan pendapat dalam PKR bukti demokrasi sihat – Saifuddin

KUALA LUMPUR 8 Julai - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan pandangan yang dilontarkan mengenai pelantikan Ketua Hakim Negara oleh beberapa ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai pandangan konstruktif dan sebahagian daripada amalan demokrasi sihat dalam parti.
Beliau yang juga ahli Biro Politik PKR menegaskan bahawa parti itu sentiasa terbuka terhadap perbezaan pendapat, termasuk daripada kalangan wakil rakyatnya sendiri.
"Alhamdulillah, Keadilan merupakan satu parti yang terbuka meraih dan menerima perbezaan pendapat. Itu adalah pandangan daripada kumpulan backbenchers terhadap kerajaan.
“Kebebasan memberikan pandangan, saya ucap terima kasih dan menghargai pandangan mereka,” katanya dalam sidang media selepas Program Intan Minister’s Conversation (IMC) 2025 di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan media yang dibuat sekumpulan ahli Parlimen PKR diketuai Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli yang juga bekas Timbalan Presiden parti itu. Mereka antara lain mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat dakwaan campur tangan dalam proses pelantikan kehakiman dan keputusan mahkamah.
Sidang media yang turut disertai enam ahli Parlimen PKR lain itu membangkitkan isu pencalonan hakim yang tidak diangkat, pelantikan utama yang tergendala serta prosedur mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) yang dipertikaikan.
Dalam pada itu, Saifuddin berpandangan bahawa cadangan tersebut tidak memberi kesan negatif terhadap kedudukan parti mahupun komitmen mereka terhadap kerajaan perpaduan.
“Rafizi dan mereka masih bersama PKR, dan dalam kenyataan bersama mereka, jelas menunjukkan sokongan terhadap kerajaan kekal utuh,” katanya. - Media Telus
Berita berkaitan
July 8, 2025, 8:48 pm
Zahid Hamidi mohon maaf, akui terlanjur kata
July 8, 2025, 7:19 pm
Wanita dakwa dicabul sami 'ganti' semasa renjis air sembahyang dalam kuil di Sepang
July 8, 2025, 6:07 pm
Pembinaan rumah kedai bukan punca letupan paip gas di Putra Heights – MB Selangor
July 8, 2025, 5:04 pm
468 perusahaan sosial terima akreditasi KUSKOP, lebih 56,000 terima manfaat - Ramanan
July 8, 2025, 2:52 pm
Malaysia masih ada masa runding tarif 25% dengan AS – Tengku Zafrul
July 8, 2025, 2:47 pm
Empat syarikat dipanggil beri penjelasan isu kenaikan harga – KPDN
July 8, 2025, 2:39 pm
Nama Ahmad Zahid 'rosak' kerana pertahan UMNO – Nurulhidayah
July 8, 2025, 2:02 pm