TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Penduduk Kuantan berdepan gangguan bekalan air bermula malam ini

By
|
Kongsi
image

KUANTAN, 9 Julai – Penduduk di beberapa kawasan sekitar daerah ini bakal berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual selama 12 jam bermula malam Rabu, berikutan kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan instrumen penting di Rumah Pam Kobat.

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), Datuk Saiful Zaini Mohd Bokhari berkata, kerja-kerja penyelenggaraan tersebut perlu dilaksanakan segera sebagai langkah pencegahan awal bagi mengelakkan kerosakan yang lebih besar terhadap pengoperasian loji pada masa akan datang.

Menurutnya, kerja-kerja terbabit akan bermula pada jam 11 malam Rabu dan dijangka siap sepenuhnya pada jam 11 pagi Khamis. PAIP, katanya, akan berusaha sebaik mungkin untuk meminimumkan tempoh gangguan yang berlaku.

Antara kawasan yang dijangka terjejas ialah seluruh kawasan dari Beserah hingga ke sempadan Chendor termasuk MCKIP, Maritim, Bandar Damansara, Taman Dato’ Rashid, Batu Hitam, Kampung Darat Sekolah, Jeram, Sungai Karang Maju, Aspa Cottage, Jabor, Sungai Karang, Chengal Lempong, Balok, Seberang Balok, Sungai Ular, Pelabuhan, Cherating dan Kubang Ikan.

Turut terlibat dengan gangguan ialah kawasan industri Gebeng Fasa I, II dan III, kawasan Pelabuhan, Jalan Jabor, Kampung Alor Batu Jabor, Jalan Semambu, Politeknik Semambu serta kawasan perumahan dan industri sekitar Semambu dan Jalan Tengku Muhammad. Kawasan Teluk Sisek, Pejabat Ukur, Jalan Beserah, Alor Akar, Sri Kuantan, Kubang Buaya, Teluk Chempedak, Istana Mahkota Teluk Sisek, Tanjung Api, Taman Gelora, Padang Lalang, Taman Selamat, Tembeling Resort dan Kelab Golf Diraja juga tersenarai antara yang akan terkesan.

Selain itu, kawasan seperti Bukit Sekilau, Jalan Bukit Ubi, Jalan Kenanga, Taman Bukit Ubi, Taman Sungai Charu, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Haji Ahmad, Galing, Setali, Air Putih, Taman Fairmount, Bukit Beirut, Jalan Bukit Setongkol, Bukit Setongkol dan Cenderawasih turut dijangka mengalami gangguan.

Kawasan lain yang terlibat termasuklah RTP Bukit Goh, Bukit Goh Gen 2, Bukit Goh Perdana, Bukit Kuantan, sebahagian Tanjung Pasir, Indera Mahkota, Kampung Tiram, Tiram Perdana, Taman Shahzan, Taman Radiance, KOMTUR, Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan, SBPI, Ibu Pejabat PAIP, Terminal Sentral, Bomba Indera Mahkota serta Widad.

PAIP menasihatkan penduduk terlibat agar menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan berlangsung. 

+ - reset