TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

PAC panggil Amir Hamzah esok, siasat penswastaan MAHB

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 9 Julai / Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan esok bagi memberi keterangan berhubung isu penjualan saham dan penswastaan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Pengerusi PAC, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin, berkata keterangan tersebut adalah sebahagian daripada prosiding siasatan terhadap Pengurusan Lapangan Terbang Awam yang melibatkan Kementerian Kewangan (MOF), MAHB, Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah, PAC telah mengadakan enam prosiding sepanjang minggu ini melibatkan beberapa saksi utama, antaranya:

YM Raja Azmi bin Raja Nazuddin – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif MAHB

Lee Jim Leng – Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Investment Bank Berhad (HLIB)

Datuk Hajah Nik Amlizan Mahamed – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan (KWAP)

Datuk Abdul Rahman Ahmad – Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad

Datuk Fad’l Mohamed – Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia

Datuk Zain Azhari Mazlan – Pengarah Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), mewakili Pengerusi SC, Datuk Mohammad Faiz Azmi

“Sehubungan itu, hingga kini PAC telah mengadakan sejumlah 14 mesyuarat prosiding berhubung isu Pengurusan Lapangan Terbang Awam ini.

“PAC akan hanya membentangkan penyata setelah mengambil keterangan daripada semua pihak yang berkepentingan,” katanya dalam satu kenyataan hari 

+ - reset