Berita Berita
'Bukan senang nak mengaku salah dalam politik' - Tindakan Ahmad Zahid mohon maaf bukti kepimpinan berjiwa besar - ADUN Tenang

SEGAMAT, 10 Julai – Tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, yang segera memohon maaf secara terbuka berhubung keterlanjuran ucapannya baru-baru ini disifatkan sebagai contoh teladan kepimpinan berjiwa besar yang wajar dicontohi.
Ketua Wanita UMNO Bahagian Labis, Haslinda Salleh, berkata tindakan itu mencerminkan keberanian dan keikhlasan dalam mengakui kekhilafan satu sifat yang jarang dimiliki oleh pemimpin politik masa kini.
“Dalam politik, tidak mudah untuk seorang pemimpin tampil mengakui kesilapan. Namun tindakan beliau ini membuktikan bahawa parti kita sentiasa mengutamakan nilai keinsanan dan bertanggungjawab, bukan hanya mengejar matlamat politik semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Haslinda yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, menambah bahawa sikap bertanggungjawab tersebut wajar dijadikan contoh kepada seluruh ahli parti serta pemimpin lain agar sentiasa bersedia memperbaiki diri dan membetulkan sebarang kesilapan yang dilakukan.
Katanya lagi, insiden tersebut perlu dijadikan iktibar agar amanah kepimpinan dapat dipikul dengan penuh keinsafan dan kekuatan dalaman demi manfaat bersama.
Terdahulu, Ahmad Zahid mengakui berlaku kekhilafan dalam kenyataannya yang mengandungi perumpamaan berkaitan malaikat, seperti yang tular dalam sebuah video baru-baru ini.
Menurut beliau, kenyataan itu dibuat dalam suasana penuh emosi ketika menjelaskan tekanan yang dialami sepanjang memegang amanah sebagai Presiden UMNO.
Berita berkaitan
July 9, 2025, 9:10 pm
PAC panggil Amir Hamzah esok, siasat penswastaan MAHB
July 9, 2025, 5:53 pm
Keputusan tarif AS 25 peratus ditentukan Trump, bukan hasil rundingan – Tengku Zafrul
July 9, 2025, 4:58 pm
KPDN beri amaran, jangan naikkan harga barang guna alasan SST
July 9, 2025, 3:59 pm
OPR turun kepada 2.75 peratus
July 9, 2025, 2:12 pm
PSAP gesa PDRM siasat kenyataan Ahmad Zahid berkait isu agama
July 9, 2025, 1:49 pm
Anwar jumpa Setiausaha Negara AS, Marco Rubio esok
July 9, 2025, 1:40 pm
PBT Selangor diminta pastikan lokasi MyKiosk strategik dan sesuai
July 9, 2025, 12:15 pm