Berita Berita
Keputusan tarif AS 25 peratus ditentukan Trump, bukan hasil rundingan – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR 9 Julai - Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menjelaskan bahawa keputusan Amerika Syarikat (AS) mengenakan kenaikan tarif sebanyak 25 peratus terhadap Malaysia dibuat secara unilateral oleh Presiden Donald Trump, tanpa melalui sebarang proses rundingan.
Menurutnya, kementerian telah bertanya secara rasmi kepada Wakil Perdagangan AS mengenai perkara tersebut, namun tidak menerima sebarang penjelasan yang memuaskan.
“Perkara ini (kenaikan satu peratus tarif) terletak pada keputusan Presiden AS. Sama seperti Jepun, mereka juga bertanya mengapa ia tiba-tiba meningkat kepada satu peratus,” katanya dalam sidang media mengenai tarif AS di sini, hari ini.
Walau bagaimanapun, Tengku Zafrul berpandangan bahawa perbincangan ini perlu dilihat dalam konteks yang lebih besar.
“Kadar satu peratus sebenarnya bukanlah angka yang besar. Kita masih berada pada paras yang lebih rendah berbanding negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan lain-lain.
“Apa yang penting, tarif ini masih belum berkuat kuasa. Ia hanya akan mula berkuat kuasa pada bulan Ogos. Kami juga akan terus mendengar sesi pendengaran yang akan datang.
“Paling utama, seperti yang saya tegaskan sebelum ini, kita tidak boleh berkompromi apabila melibatkan isu kedaulatan negara,” katanya.
Beliau turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus memantau perkembangan ini secara rapat dan mengambil langkah sewajarnya demi kepentingan Malaysia.
Berita berkaitan
July 9, 2025, 9:10 pm
PAC panggil Amir Hamzah esok, siasat penswastaan MAHB
July 9, 2025, 4:58 pm
KPDN beri amaran, jangan naikkan harga barang guna alasan SST
July 9, 2025, 3:59 pm
OPR turun kepada 2.75 peratus
July 9, 2025, 2:12 pm
PSAP gesa PDRM siasat kenyataan Ahmad Zahid berkait isu agama
July 9, 2025, 1:49 pm
Anwar jumpa Setiausaha Negara AS, Marco Rubio esok
July 9, 2025, 1:40 pm
PBT Selangor diminta pastikan lokasi MyKiosk strategik dan sesuai
July 9, 2025, 12:15 pm