Berita Viral
Singapura adakan temu duga doktor di KL dengan gaji cecah RM385,000 setahun, rakyat risau gelombang hijrah doktor Malaysia
KUALA LUMPUR 9 Julai – Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura kini sedang menjalankan sesi temu duga terbuka secara langsung kepada doktor dan pengamal perubatan am (GP) dari Malaysia bertempat di Hotel Traders KLCC, Kuala Lumpur.
Menerusi satu hantaran di platform Threads oleh pengguna @dr_amandaelli, sesi pengambilan tersebut hadir bersama pakej tawaran yang menarik, termasuk gaji permulaan SGD110,000 setahun (anggaran kira-kira RM385,000), tidak termasuk elaun penginapan bulanan, insurans, dan pelbagai manfaat lain.
“MOH Singapura datang terus ke Hotel Traders KLCC untuk menemu duga GP/doktor kita yang berminat bekerja di luar negara.
“Peluang yang sangat baik untuk mengumpul simpanan sekurang-kurangnya selama dua tahun sebelum pulang semula ke Malaysia jika rindu kampung halaman,” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Iklan pengambilan itu dilaporkan terbuka kepada semua doktor serta graduan lepasan ijazah bidang perubatan dari Malaysia, dengan dua tawaran jawatan utama iaitu Pegawai Perubatan dan Pembantu Klinikal.
Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi warga maya, khususnya membabitkan kebimbangan terhadap gelombang penghijrahan doktor Malaysia ke luar negara, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai tindakan kerajaan dalam mengekalkan bakat perubatan tempatan.
Seorang pengguna mengulas:
“Kalau ditukar kepada Ringgit Malaysia, jururawat pun boleh dapat gaji sampai RM10,000 sebulan,”
Manakala seorang lagi pengguna menulis:
“Nah, tengok! Mereka datang terus ke KL semata-mata nak ambil doktor kita.”
Berita berkaitan
March 16, 2026, 4:39 pm
(VIDEO) Penduduk naik angin terpaksa hadap jiran buang sisa depan rumah
March 13, 2026, 1:30 pm
Kontroversi 'kuil mini' di tangga apartmen Puchong berakhir, keluarga setuju alih struktur
March 13, 2026, 12:40 pm
(VIDEO) Beg tangan lesap, 'dikebas' lelaki menyamar jadi pelanggan
March 12, 2026, 11:29 am
Penduduk apartment di Puchong persoal individu bina 'kuil mini' di tangga, ganggu laluan
March 11, 2026, 3:21 pm
(VIDEO) Ramai masih belum peka, abang bomba kongsi sikap penting diri pengguna jalan raya
March 11, 2026, 1:33 pm
(VIDEO) Rumah nyaris hangus gara-gara mercun
March 11, 2026, 12:00 pm
(VIDEO) Misteri seluar dalam hilang terungkai, rupanya kena "rembat' tengah malam
March 9, 2026, 5:00 pm
Kelibat harimau dikesan, penduduk Kampung Rahmat diminta jaga diri
March 9, 2026, 3:18 pm
Lelaki tular menyamun guna parang di stesen minyak ditahan polis
March 9, 2026, 1:42 pm
