Berita Jenayah
Ajak ke tandas, peluk remaja OKU dalam kedai runcit, lelaki Rohingya dipenjara 5 tahun, 2 sebatan
MUAR 11 Julai - Perbuatan seorang lelaki etnik Rohingya menyentuh seorang gadis orang kurang upaya (OKU) di sebuah kedai runcit di Batu Pahat minggu lalu membawa padah apabila dia dihukum penjara lima tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Dalam laporan Kosmo Online, tertuduh, Muhammad Ali Monjur Ahammed, 23, yang merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap remaja perempuan berusia 17 tahun lapan bulan di sebuah kedai runcit di Jalan Engan, Batu Pahat, kira-kira pukul 6.35 pagi pada 3 Julai lalu.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, polis menerima laporan daripada ibu mangsa yang menyedari anaknya pulang dalam keadaan menangis selepas ke kedai runcit berkenaan untuk mengambil bekalan barang.
Siasatan mendapati, tertuduh yang bekerja di premis tersebut telah mengajak mangsa ke tandas.
Namun, gadis berkenaan enggan dan terus beredar sebelum dikejar dan dipeluk oleh tertuduh sehingga menyebabkan mangsa menangis kerana ketakutan.
Difahamkan juga, sebelum kejadian tertuduh pernah melamar mangsa untuk berkahwin tetapi ditolak.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Othman Affan Ismail, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Selain hukuman penjara dan sebatan, mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat tempoh hukuman.
Berita berkaitan
October 31, 2025, 3:01 pm
Konon mahu ubah nasib mangsa, sami dijel 15 tahun rogol remaja dalam kebun sawit
October 6, 2025, 7:09 pm
Polis buka kertas siasatan tatatertib terhadap pegawai dan anggota didakwa tawar sogokan RM500
October 1, 2025, 6:28 pm
Dua lelaki curi beg sekolah dari motosikal di Kluang
October 1, 2025, 12:17 pm
Dua lagi remaja ditahan kes serangan terhadap pemandu Myvi
September 30, 2025, 10:53 am
Sembilan remaja ditahan kes kepung dan serang Myvi di Serdang
September 29, 2025, 8:05 pm
Pemilik syarikat pakej perkahwinan tipu pelanggan lebih RM309,000 ditahan polis
September 29, 2025, 2:41 pm
(VIDEO) Penunggang motosikal cedera dirempuh Myvi pandu melulu di Kajang
September 25, 2025, 9:17 am
(VIDEO) Pemandu E-Hailing pandu melulu, hampir rempuh pejalan kaki ditahan polis
September 24, 2025, 11:27 am
