Berita Jenayah
Lelaki Pakistan liwat, cabul empat mangsa bawah umur ditangkap ketika cuba lari ke sempadan
Oleh AZRUL RADI
SHAH ALAM 9 Julai – Polis berjaya menangkap seorang lelaki warganegara Pakistan yang menjadi saspek utama dalam beberapa siri kes liwat dan cabul melibatkan kanak-kanak lelaki di sekitar Seksyen 27 dan Seksyen 28, Shah Alam.
Suspek berusia 25 tahun itu berjaya diberkas oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada 8 Julai 2025 di Kuala Nerang, Kedah.
Ketika ditahan, suspek dipercayai sedang merancang untuk melarikan diri ke negara jiran. Seorang lagi lelaki warga Pakistan turut ditahan kerana disyaki membantu suspek utama bersembunyi daripada dikesan pihak berkuasa.
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, dua daripada kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, manakala dua lagi kes disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.
Permohonan reman terhadap kedua-dua suspek telah dipohon pada 8 Julai 2025 di Mahkamah Majistret Shah Alam bagi meneruskan siasatan terhadap empat kertas siasatan yang telah dibuka sebelum dirujuk kepada pihak pendakwa raya.
Polis turut menasihati ibu bapa supaya lebih peka terhadap keselamatan anak-anak dan tidak membiarkan mereka keluar bersendirian ke kawasan sunyi yang boleh mendedahkan mereka kepada risiko jenayah.
Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berkenaan kes ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Siti Mahanira binti Mahat di talian 017-6444895.
Kes ini tular di media sosial apabila beberapa kanak-kanak lelaki dilaporkan menjadi mangsa serangan seksual oleh suspek yang dikenali sebagai Muhammad Hassan.
Mangsa terdiri daripada kanak-kanak berusia 9, 13 dan 14 tahun, serta seorang remaja lelaki berusia 19 tahun. – Media Telus
Berita berkaitan
October 31, 2025, 3:01 pm
Konon mahu ubah nasib mangsa, sami dijel 15 tahun rogol remaja dalam kebun sawit
October 6, 2025, 7:09 pm
Polis buka kertas siasatan tatatertib terhadap pegawai dan anggota didakwa tawar sogokan RM500
October 1, 2025, 6:28 pm
Dua lelaki curi beg sekolah dari motosikal di Kluang
October 1, 2025, 12:17 pm
Dua lagi remaja ditahan kes serangan terhadap pemandu Myvi
September 30, 2025, 10:53 am
Sembilan remaja ditahan kes kepung dan serang Myvi di Serdang
September 29, 2025, 8:05 pm
Pemilik syarikat pakej perkahwinan tipu pelanggan lebih RM309,000 ditahan polis
September 29, 2025, 2:41 pm
(VIDEO) Penunggang motosikal cedera dirempuh Myvi pandu melulu di Kajang
September 25, 2025, 9:17 am
(VIDEO) Pemandu E-Hailing pandu melulu, hampir rempuh pejalan kaki ditahan polis
September 24, 2025, 11:27 am
