Berita Jenayah
Hantar balik kampus selepas samun, rogol pelajar IPT dalam kebun sawit di Pagoh, 2 remaja direman 5 hari
MUAR, 9 Julai – Dua remaja, termasuk seorang bawah umur, direman di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes samun dan rogol melibatkan seorang penuntut perempuan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Pagoh, Isnin lalu.
Menurut laporan Kosmo Online, perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Fatin Dalilah Khalid, dengan suspek berusia 19 tahun direman lima hari, manakala suspek berusia 17 tahun direman tiga hari bermula hari ini.
Reman tersebut bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana kesalahan samun, manakala siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan berkaitan kes rogol akan dilakukan dalam tempoh terdekat.
Menurut laporan polis, kejadian berlaku pada pukul 8.30 malam, 7 Julai lalu ketika mangsa berusia 20 tahun sedang membonceng motosikal yang ditunggangi teman lelakinya berusia 23 tahun, melalui Jalan Kampung Jawa, Panchor.
Ketika kejadian, mereka didatangi dua suspek menaiki sebuah motosikal yang kemudian mengarahkan pasangan tersebut menyerahkan wang tunai.
Suspek kemudiannya merampas beg tangan milik mangsa yang mengandungi wang tunai RM250, namun menyatakan jumlah itu masih belum mencukupi.
Salah seorang daripada mereka kemudian menumbuk muka teman lelaki mangsa hingga terjatuh sebelum memaksanya meninggalkan teman wanita di lokasi kejadian.
Kedua-dua suspek membawa mangsa menaiki motosikal menuju ke sebuah kebun sawit berhampiran lalu merogolnya.
Selepas kejadian, mangsa dihantar pulang oleh suspek ke kampus sebelum mangsa dan teman lelakinya membuat laporan polis di Balai Polis Panchor pada hari yang sama.
Kes kini disiasat oleh pihak polis, dan tindakan lanjut akan diambil mengikut peruntukan undang-undang.
Berita berkaitan
October 31, 2025, 3:01 pm
Konon mahu ubah nasib mangsa, sami dijel 15 tahun rogol remaja dalam kebun sawit
October 6, 2025, 7:09 pm
Polis buka kertas siasatan tatatertib terhadap pegawai dan anggota didakwa tawar sogokan RM500
October 1, 2025, 6:28 pm
Dua lelaki curi beg sekolah dari motosikal di Kluang
October 1, 2025, 12:17 pm
Dua lagi remaja ditahan kes serangan terhadap pemandu Myvi
September 30, 2025, 10:53 am
Sembilan remaja ditahan kes kepung dan serang Myvi di Serdang
September 29, 2025, 8:05 pm
Pemilik syarikat pakej perkahwinan tipu pelanggan lebih RM309,000 ditahan polis
September 29, 2025, 2:41 pm
(VIDEO) Penunggang motosikal cedera dirempuh Myvi pandu melulu di Kajang
September 25, 2025, 9:17 am
(VIDEO) Pemandu E-Hailing pandu melulu, hampir rempuh pejalan kaki ditahan polis
September 24, 2025, 11:27 am
