Berita Jenayah
Tiga warga China ditahan di Melaka, aktif sindiket penipuan kerja sambilan atas talian
MELAKA 9 Julai – Kegiatan sindiket penipuan dalam talian melibatkan warga asing terus dikesan di negeri ini meskipun beberapa siri serbuan dan tangkapan telah dilakukan oleh polis Kontinjen Melaka.
Terbaharu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Melaka berjaya memberkas tiga lelaki warga China yang disyaki terlibat dalam penipuan tawaran kerja sambilan secara atas talian yang tidak wujud.
Ketua Polis Melaka, Datuk Zulkhairi Mukhtar berkata, serbuan dijalankan pada Isnin lalu di sebuah rumah di Pandan Malim, yang dipercayai dijadikan pusat operasi sindiket terbabit.
“Kita menahan tiga lelaki warga China berusia antara 32 hingga 38 tahun yang disyaki menjalankan aktiviti penipuan tawaran kerja sambilan atas talian tidak wujud di Melaka,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pemeriksaan lanjut menemukan seunit komputer riba dan tiga telefon bimbit pelbagai jenama, manakala semakan mendapati kesemua suspek tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.
Zulkhairi berkata, ketiga-tiga suspek direman selama empat hari bermula semalam hingga 11 Julai ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen sah.
Beliau turut menasihati orang ramai agar lebih berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran kerja dalam talian yang menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh singkat. – Media Telus
Berita berkaitan
October 31, 2025, 3:01 pm
Konon mahu ubah nasib mangsa, sami dijel 15 tahun rogol remaja dalam kebun sawit
October 6, 2025, 7:09 pm
Polis buka kertas siasatan tatatertib terhadap pegawai dan anggota didakwa tawar sogokan RM500
October 1, 2025, 6:28 pm
Dua lelaki curi beg sekolah dari motosikal di Kluang
October 1, 2025, 12:17 pm
Dua lagi remaja ditahan kes serangan terhadap pemandu Myvi
September 30, 2025, 10:53 am
Sembilan remaja ditahan kes kepung dan serang Myvi di Serdang
September 29, 2025, 8:05 pm
Pemilik syarikat pakej perkahwinan tipu pelanggan lebih RM309,000 ditahan polis
September 29, 2025, 2:41 pm
(VIDEO) Penunggang motosikal cedera dirempuh Myvi pandu melulu di Kajang
September 25, 2025, 9:17 am
(VIDEO) Pemandu E-Hailing pandu melulu, hampir rempuh pejalan kaki ditahan polis
September 24, 2025, 11:27 am
