Berita Berita
PM akan buat pengumuman besar tak lama lagi, penghargaan untuk rakyat

KUALA LUMPUR 15 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat satu pengumuman besar sebagai bentuk penghargaan istimewa kepada rakyat Malaysia dalam masa terdekat.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Anwar menerusi satu hantaran ringkas di Facebook rasminya pada Isnin, tanpa mendedahkan butiran lanjut mengenai pengumuman tersebut.
Bagaimanapun, beliau menyertakan tanda pagar ‘Malaysia Madani’ dan ‘Bersama Malaysiaku’ dalam hantaran berkenaan.
Sementara itu, Ahli Parlimen Subang, Wong Chen turut memberikan bayangan bahawa pengumuman yang bakal dibuat mempunyai kaitan dengan pertemuan tertutup Perdana Menteri bersama Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) pada hari sama.
“Saya sudah bercakap dalam pertemuan dengan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen PH.
“Saya sudah sampaikan apa yang perlu dikatakan, jadi tunggu berita selanjutnya.
“Akan ada pengumuman dalam masa beberapa hari lagi,” katanya menerusi hantaran di media sosial pada Isnin.
Difahamkan, pertemuan tertutup antara Anwar dan pemimpin PH pada Isnin turut membincangkan beberapa perkara termasuk persediaan menghadapi sidang Parlimen yang akan datang.
Perjumpaan tersebut juga dilihat sebagai kesinambungan sesi libat urus antara Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang berlangsung Jumaat lalu.
Berita berkaitan
July 15, 2025, 4:58 pm
Anak sulung mangsa tragedi Sungai Korok terima pencen penakat PERKESO
July 15, 2025, 4:51 pm
90 anggota polis Kelantan bebas obesiti selepas sertai program khas
July 15, 2025, 4:32 pm
Polis sahkan pengasas eHati, suami ditahan
July 15, 2025, 4:15 pm
MITI: Tiada bukti penyeludupan cip AI berprestasi tinggi dikesan – Tengku Zafrul
July 15, 2025, 3:19 pm
Malaysia tekad pimpin agenda latihan masa depan di ASEAN
July 15, 2025, 3:12 pm
Sabar, rakyat akan gembira dengan kejutan kerajaan - KSN
July 15, 2025, 2:25 pm
Polis siasat gambar pesawat pengebom AS berlegar di ruang udara Saratok
July 15, 2025, 1:09 pm
Orang Perak diseru rebut peluang kerja industri sebelum 'orang luar' ambil - MB Saarani
July 15, 2025, 1:08 pm