Berita Berita
Polis siasat gambar pesawat pengebom AS berlegar di ruang udara Saratok

SARATOK 15 Julai – Satu siasatan menyeluruh sedang dijalankan berhubung penularan imej misteri menyerupai pesawat pengebom B-2 Spirit milik Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) yang didakwa dirakam di ruang udara berdekatan sebuah rumah panjang di Saratok, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie mengesahkan siasatan membabitkan pelbagai agensi penguat kuasa termasuk Ibu Pejabat Polis Daerah Saratok, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
“Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti kesahihan termasuk lokasi sebenar imej dirakam, individu yang memuat naik serta tujuan penyebarannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, siasatan ini turut meneliti kemungkinan berlakunya insiden pencerobohan ruang udara negara atau penyebaran maklumat palsu yang boleh mencetuskan kegusaran awam.
“Pihak polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat tidak sahih atau menimbulkan kegusaran awam melalui media sosial,” tambah beliau.
Terdahulu, pihak polis mengesan satu ciapan tular di media sosial pada 13 Julai lalu memaparkan imej didakwa kelibat sebuah pesawat pengebom menyerupai B-2 Spirit terbang rendah di ruang udara kawasan rumah panjang Saratok.
“Pemerhatian awal mendapati imej tersebut menyerupai pesawat pengebom B-2 yang sedang terbang, namun kesahihannya masih belum dapat dipastikan,” jelas Mathew.
Dalam pada itu, polis menggesa mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian atau penularan imej berkenaan untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ketua Polis Daerah Saratok di talian 012-8854849.
Berita berkaitan
July 15, 2025, 8:02 pm
Kerajaan kaji semula Akta JAC 2009, bakal tambah baik proses pelantikan hakim
July 15, 2025, 7:56 pm
Pengumuman pelantikan tertinggi badan kehakiman dijangka esok – Anwar
July 15, 2025, 7:47 pm
Dua penuntut UniPSAS, hafiz al-Quran maut dalam nahas dengan ambulans di Kuantan
July 15, 2025, 4:58 pm
Anak sulung mangsa tragedi Sungai Korok terima pencen penakat PERKESO
July 15, 2025, 4:51 pm
90 anggota polis Kelantan bebas obesiti selepas sertai program khas
July 15, 2025, 4:32 pm
Polis sahkan pengasas eHati, suami ditahan
July 15, 2025, 4:15 pm
MITI: Tiada bukti penyeludupan cip AI berprestasi tinggi dikesan – Tengku Zafrul
July 15, 2025, 3:19 pm
Malaysia tekad pimpin agenda latihan masa depan di ASEAN
July 15, 2025, 3:12 pm