Berita Berita
MITI: Tiada bukti penyeludupan cip AI berprestasi tinggi dikesan – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR 15 Julai – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) belum mengesan sebarang bukti berlakunya penyeludupan cip kecerdasan buatan (AI) berprestasi tinggi dari Amerika Syarikat (AS) di negara ini, kata Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Menurut beliau, siasatan yang dijalankan secara menyeluruh bersama pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), serta pemain industri tidak menemui sebarang aktiviti yang mencurigakan setakat ini.
“Kami telah bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan bercakap dengan pihak AS serta pemain industri utama. Siasatan masih berjalan tetapi setakat ini belum ada bukti. Jika ada, kami akan bertindak segera,” katanya dalam sidang media sempena pembentangan Kad Laporan Prestasi MITI bagi Suku Kedua 2025, hari ini.
Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata permintaan terhadap cip AI di Malaysia semakin tinggi sejajar dengan pertumbuhan pesat industri pusat data tempatan, sekali gus menarik perhatian pelbagai pihak.
“Apabila Malaysia mula menjadi pemain dominan dalam industri ini, ia menarik perhatian dunia dan sekaligus mencetuskan ‘red flags’,” katanya.
Sehubungan itu, MITI telah mengeluarkan arahan kawalan serta-merta terhadap eksport, pemindahan dan transit cip AI berprestasi tinggi di bawah Seksyen 12 Akta Perdagangan Strategik 2010 (STA 2010) menerusi peruntukan “Catch-All Control”.
Tengku Zafrul menegaskan bahawa Malaysia komited untuk memastikan perdagangan antarabangsa kekal telus dan sah, serta mematuhi standard dan peraturan global.
“Kami mahu pastikan perdagangan yang bertanggungjawab berlaku dan sedang meneliti semula senarai cip AI dalam Senarai Item Strategik (SIL). Tindakan ini penting agar kita mengelakkan sekatan sekunder yang boleh menjejaskan industri dan ekonomi negara,” ujarnya.
MITI turut memberi jaminan untuk terus bekerjasama dengan semua rakan dagang dan pelabur dalam memastikan persekitaran perniagaan yang diyakini dan kondusif untuk pertumbuhan teknologi masa depan. – Media Telus
Berita berkaitan
July 15, 2025, 8:02 pm
Kerajaan kaji semula Akta JAC 2009, bakal tambah baik proses pelantikan hakim
July 15, 2025, 7:56 pm
Pengumuman pelantikan tertinggi badan kehakiman dijangka esok – Anwar
July 15, 2025, 7:47 pm
Dua penuntut UniPSAS, hafiz al-Quran maut dalam nahas dengan ambulans di Kuantan
July 15, 2025, 4:58 pm
Anak sulung mangsa tragedi Sungai Korok terima pencen penakat PERKESO
July 15, 2025, 4:51 pm
90 anggota polis Kelantan bebas obesiti selepas sertai program khas
July 15, 2025, 4:32 pm
Polis sahkan pengasas eHati, suami ditahan
July 15, 2025, 3:19 pm
Malaysia tekad pimpin agenda latihan masa depan di ASEAN
July 15, 2025, 3:12 pm
Sabar, rakyat akan gembira dengan kejutan kerajaan - KSN
July 15, 2025, 2:25 pm